Sambutan 10 tahun Pas Kampung sungai Mulia Gombak KL - Update
Saudara Kamarul bersama rakan-rakan sedang membuat setting net pada meja pinpongPerlawanan sedang berlansungBeberapa acara telah di rancang sebelum sambutan pada 9hb dan 10 hb ogos ini. Acara sukan indoor telah berlansung pada 2hb 10.00 pagi manakala Futsal kain pelekat akan diadakan pada 3hb Ogos 4.45 petang bertempat di padang bola Kampung sg.Mulia pada 3hb Ogos 2008. Penulis sempat menyaksikan perlawanan pinpong terbuka lelaki. Mungkin masih ramai yang belum mendapat info tentang indoor games ini tetapi alhamdulillah seramai 6 orang telah mengambil bahagian. Juaranya akan diumumkan pada hari bersejarah 9hb atau 10 hb Ogos nanti. Manakala acara sukaneka dan acara untuk kanak-kanak akan berlansung pada 9hb Ogos bermula pada 2.30 petang di padang bola Kg Sg Mulia.
Sementara itu tempat di mana hari bersejarah ini akan berlaku, persiapan sedang berjalan dengan lancar. Pentas sedang dibina dan bendera-bendera PAS megah berkibaran....Takbir...
POLITIK PANJANG NAFAS-istimewa untuk pejuang Islam ( PAS)
OLEH :Sangkelulut
kelulut@telokbakong.com
Tanggungjawab besar dan berat dipikul keatas pundak mereka yang bekerja dimedan dakwah islam dan akan merasakan bukti bahawa perjalanan dakwah ini terlalu jauh,kerja - kerjanya memakan masa malah adakala memakan korban harta dan nyawa malah segalanya.
Tugasannya terlalu sukar dan jihad yang sengit dalam mengharungi suka
duka ketika berjuang.Bagi mereka yang memilih jalan berliku ini mestilah
menyiapkan diri untuk menghadapi sebarang mehnah dan tribulasi yang
berbentuk kekerasan , kesukaran dan pergorbanan .FIRMAN ALLAH SWT:
" Apakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan ( sahaja)
mengatakan:"kami telah beriman" sedangkan mereka tidak diuji lagi.Dan
sesungguhnya ALLAH mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya DIA mengetahui orang - orang yang dusta" ( AL ANKABUT 2-3 ).
Para pejuang yang mengabungkan diri kedalam gerakan Islam mestilah
berpegang teguh kepada siasah panjang nafas yakni bersifat jangka panjang
atau ' long term 'bukan dengan sikap terburu buru yang mengharapkan segala
berlaku dalam sekelip mata tanpa sebab - sebab yang sunnatullah.
Terlebih lagi perjuangan ini hendaklah dilaksanakan dialam sedar bukan
khayalan dalam mencari keredhoan ALLAH SWT.Agar usaha kita tidak setengah jalan dan berputus asa dipertengahan jalan apatah lagi dimedan pertempuran.
Segala usaha ini tidak akan mudah difahami jika kita gagal memahami bahawa kerajaan Islam itu hanyalah wasilah/perantara dalam usaha - usaha untuk mencapai matlamat.
Sekiranya kerajaan islam itu berjaya terbina maka mereka bersyukur. Andainya belum mereka tidak akan berputus asa , tidak kecewa , tidak rasa kerdil disisi anusia ,dan tidak sesekali takut .Kerana mereka telah berusaha menunaikan amanah dan kewajipan - kewajipan dakwah.
firman ALLAH SWT;
"Dan kemenangan itu hanyalah dari ALLAH" (ALI IMRAN :126)
"Dan kamu tidak ( mampu melakukan ) apa yang kamu kehendaki kecuali apa
yang dikehendaki oleh ALLAH" ( AL Insaan :30 )
Mungkin apa yang berlegar didalam fikiran para pendokong PAS amnya selepas peristiwa PRU 12 lalu berkata " kenapa kita parti yang berjuang diatas dasar yang jelas masih tidak mendapat sokongan sepenuhnya malah terus terusan diperkotak katik ? sedang mereka yang berada dipihak yang lain kelihatan boleh diterima?
Malah yang terbaru "letupan bom muzakarah" terus mengempur dada dan minda tanpa ada tanda - tanda akan sepi ( hingga saat saya menulis).
Pada peringkat awal penulis pun mula "cuak' terhadap "pertemuan haram
"tersebut .Tetapi setelah ditimbang dengan kewarasan jelas ini juga
tuntutan agama malah saranan agar berhati - hati juga dari agama.
Kita percaya dalam mencatur strategi kita ada perancangan bersifat jangka
pendek, jangka pertengahan dan jangka panjang.
Jangka pendek adalah usaha harian ,
Jangka pertengahan adalah piliharaya,
Jangka panjang adalah yang hakiki iaitu akhirat dan keredhoan ALLAH SWT.
Sikap Mahfuz harus dipuji.
Petikan dari permohanan maaf Mahfuz Omar;
"Saya berharap individu terbabit dapat tampil kehadapan membuat penjelasan kepada ahli-ahli dan penyokong PAS tentang pertemuan berkenaan termasuk butir-butir perbincangan seperti yang didedahkan oleh Presiden Umno baru-baru ini. Mereka juga harus bertanggungjawab secara khusus dalam masalah ini kerana tindakan peribadi mereka. Saya sendiri amat terkejut dengan pendedahan tersebut yang sama sekali bertentangan dengan kenyataan saya sebelum ini. Ia kemudian disahkan oleh Presiden PAS. Lebih memeranjatkan lagi apabila ‘muzakarah’ tentang kepentingan Islam dan ketuanan Melayu yang didedahkan oleh Presiden Umno telah bertukar menjadi rundingan untuk membawa PAS menyertai kerjasama politik dengan Umno/BN. Sebelum ini kami sendiri tidak dimaklumkan tentang apa yang didedahkan oleh Umno ini, bahkan kami diberitahu tiada sebarang pertemuan dan rundingan rasmi antara kedua-dua parti." Kebanyakan orang PAS dah tau siapa
individu terbabit seperti yang di highlight dalam petikan di atas. Cuma kita mahu tengok samaada
individu terbabit cukup gentleman atau tak. Kes muzakarah atau mukobaloh ni dah selesai cuma surat khabar arus perdana je yang masih sibuk membicarakan hal ini.lebih-lebih lagi bila Karpal sing dah buat statements pasal muzakarah ni dan dijawab pula oleh MB KEDAH.
Cuma yang tak sedapnya dalam kes muzakarah ini hanya segelintir sahaja PEMIMPIN PAS yang tau dan ramai yang tak tahu termasuklah Haji Mahfuz..
"Mereka mahu muzakarah dengan UMNO..!! atas nama apa..ketuanan melayu atau mahu menegakkan islam sebagai ad'din.. ? UMNO ini membela melayu ke, membela islam atau membela hantu..?.?takde sorang pun MP dari BN khasnya dari UMNO MEMBANTAH KENAIKAN MINYAK BARU-BARU INI..oi peminpin UMNO..yang tersepit dengan kenaikan minyak dan macam-macam barang keperluan majoriti orang melayu bergama islam..bukalaa hati tu..!!dah tersepit baru nak cari PAS KONON CONCERN tentang ketuanan melayu dan islam...poorraaahh .
Penulis merasakan AHLI-AHLI PAS lebih bengang atau marah dengan beberapa pemimpin PAS kerana kes muzakarah ini dibandingkan dengan konsert santai
carburator dung dan rakan-rakan pada karnival kenaikan minyak baru-baru ini.sekurang-kurang nya kumpulan underground ini bersama
PR.Selepas ini cukuplah sekadar muzakarah dan mukobaloh..di Parlimen tak perlu ikut pintu belakang..(diluar tarbie)
Muzakarah- Peluru makan tuan!!]
OLEH :kelulut@telokbakong.com
Sejuk mata memandang, sayu bila melihat Tok Guru Nik Abdul Aziz dan
Tok Guru Abdul Hadi berpelukan sejurus Menyuarat Ahli Majlis Syura
yang membincangkan 'tahyul muzakarah' .
Lega perasaan para pendokong Pas serta umumnya seluruh penyokong
PAKATAN RAKYAT setelah mendengar penjelasan dari pihak Pas tentang
pertemuan tanpa restu yang dibocorkan sendiri oleh pimpinan UMNO
maka kejujuran mereka sekaligus dipertikaikan.
Umum mengetahui bahawa REJIM UMNO bernafsu untuk bersama Pas hanyalah
'AJAK - AJAK AYAM' sekiranya Pas sudi 'menemani' mereka memerintah
menurut Bekas Menteri Besar yang kini menyandang Ketua Pembangkang
Selangor.Maka antara imbuhannya ialah jawatan Menteri Besar kepada calon
Pas. Untuk rekod, Pas pernah menyertai BN tapi seperti yang tercatat dalam
lipatan sejarah. Nasib Pas dimata umno seperti 'habis manis sepah
dibuang'mungkin belajar dari pengalaman itulah Pas menolak dan terus setia
bersama PAKATAN RAKYAT.
Rupa - rupanya UMNO menjadikan penolakan Pas ini sebagai peluru terbaru
mereka untuk memporak perandakan kepimpinan Pas dan ahli sekaligus Pakatan
Rakyat umumnya.Dengan seribu harapan umno mempromosikan pertemuan tersebut
seolah - olah mereka telah berjaya mengubah prinsip Pas.
Sayang seribu kali sayang peluru yang dihambur rupa - rupanya ditangkis
pimpinan Pakatan Rakyat dengan tenang dan dibalas dengan peluru tabur yang
berjaya merobohkan dan mengegarkankan pertahanan kubu BN .
Kini ketua rejim umno terpaksa pula menghadapi sekutu - sekutu mereka yang
mahukan penjelasan apakah isi muzakarah tersebut.
Komponen BN secara keras dan jelas mereka tidak mahu PAS sebagai sekutu.
Nampaknya semakin peninglah Pak Lah serba serbi rancangan mereka tidak
menjadi bagaikan 'peluru makan tuan'.