Monday, August 11, 2008

Sambutan 10 tahun PAS Cawangan Sungai Mulia "BERALEK GADANG"

ALHAMDULILLAH SYUKUR KEPADA ALLAH.Kerananya jua perjalanan majlis sambutan ulang tahun ke 10 PAS Cawangan Sungai Mulia berjalan lancar semoga apa yang pihak PAS Cawangan telah lakukan mendapat keberkatan darinya.

Majlis sambutan 10 tahun penubuhan PAS cawangan Sg. Mulia,telah diteruskan lagi pada hari ahad 10 hb Ogos 2008 dengan acara beralek gadang atau kenduri. Majlis telah bermula pada pukul 12.00 tengahari dan telah dihadiri kira-kira lebih 500 orang jemputan. Pas cawangan Sg. Mulia berasa bertuah apabila ahli parlimen Titiwangsa iaitu YB Dr Lo Lo Ghazali sempat meluangkan masa untuk menghadiri majlis tersebut.

Dalam temubualnya bersama dengan wartawan sebuah akbar tempatan, Dr Lo Lo telah melahirkan rasa bangganya dengan pencapaian PAS Sg. Mulia sehingga berjaya mengadakan majlis sambutan seperti yang diadakan ini.
“Alhamdulilah kita bersyukur hari ini saya tengok hebat untuk satu cawangan mengadakan program seperti ini, ada buku cenderahati dan dengan ada uniform (baju ahli pas) untuk program dua hari,” kata Dr Lo Lo.
Berkenaan dengan pembatalan ceramah politik kerana tidak mendapat permit daripada pihak berkuasa, Dr Lo Lo berkata sepatutnya polis juga boleh memberikan permit seperti mana pada ceramah yang diadakan di negeri Selangor walaupun di tempat terbuka. Beliau juga berasa hairan adakah polis di negeri Selangor dan di Kuala Lumpur berbeza dalam memberikan permit walaupun ia sepatutnya tidak berlaku.

“Kenapa mereka boleh beri permit untuk program ceramah di tengah-tengah padang pun ada dan secara besar-besaran, (di Selangor) adakah di sini (Sg. Mulia) dibawah Wilayah Persekutuan maka tidak ada permit,” soal Dr Lo Lo.
“Kalau ikut kita punya rekod pun ceramah kita tidak pernah ada masalah, kita jaga lalu-lintas dan penduduk, semuanya kita jaga,” tambah Dr Lo Lo lagi.
Di akhir temubual tersebut Dr Lo Lo sekali lagi telah mengucapkan tahniah kepada PAS cawangan Sg. Mulia kerana berjaya menganjurkan programnya yang disifatkannya adalah hebat.

Gambar kenangan sebahagian AJK PAS Cawangan
Petugas sedang menbungkus lauk pauk untuk dibawa pulang
Gambar kenangan bersam YB
Imam Zul Mantan imam masjid Sg mulia bersama imam Salleh dan imam Zul turut hadir.
YB Dr Lo'Lo sempat ditemubual oleh seorang wartawan dari akhbar sinar
Kehadiran YB Titiwangsa disambut muslimat.
Rakan-rakan dari kaum cina juga turut hadir
Sebahagian muslimat /penduduk kampung yang hadir
Tetamu sedang mengambil makanan
Muslimat sedang menyiapkan bahan-bahan untuk memasak kari kambing
sedang masak kari kambing kot.
Ayam sedang digoreng sebelum majlis "Beralek Gadang"

1 Comments:

At August 13, 2008 at 11:35 PM , Anonymous Anonymous said...

syukuran - zaid

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home