Friday, June 12, 2009

Grass root bukan hanya tolong pasang bendara..

Jangan menyokong pemimpin membuta tuli. Jangan hanya serahkan setiap keputusan dibuat oleh pemimin tanpa ada perbincangan dengan ahli-ahli. Kerja kita bukan setakat pasang bendera sahaja. Kalau setakat masuk PAS nak pasang bendera..baik tak payah. PAS boleh upah mat-mat kat kawasan kampong/ taman untuk buat kerja ni…

Pemimpin kena turun jumpa rakyat beri penerangan. Tanya apa masalah rakyat (standard procedures). Tak payahlah tunjuk muka masa dekat pilihanraya kemudian dah menang datang untuk jamuan sahaja. Lepas tu hilang. (Normal attitude for politician – hypocrite)..

Satu lagi sikap pemimpin yang paling hangit masa kini ialah.berkenaan dgn unity government. Presiden kata akan menerangkan kepada ahli-ahli bila ahli tanya..so sekarang ahli-ahli dah Tanya.silakanlah buat penjelasan. ..(mungkin Presiden dan timbalan nya dan setiausahanya mengandaikan yang bertanya dan yg buat heboh pasal ni hanyalah bloggers bukan nya kebanyakan ahli PAS..sekarang ni bukan ahli-ahli biasa yang tak jelas pasal ni malah musyidul am pun tak jelas…!! Apa ke hal..!..walau bagaimana pun pemimpin2 atasan PAS semua bijak. Presiden PAS adalah org yg bertanggung jawap menubuhkan kerajaan perpaduan (PR) bersama denga PKR dan DAP...tak mungkin PAS akan bersama UMNO.

Kenyataan TGNA – SINAR HARIAN:-

Nik Aziz marah arahan tutup mulut

KOTA BHARU – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, marah dan mempertikaikan tindakan pihak tertentu dalam Pas yang meminta pemimpin parti itu dan Pakatan Rakyat supaya berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu kerajaan perpaduan bagi mengelakkan berlakunya percanggahan pendapat.

Nik Aziz berkata, langkah itu tidak perlu kerana percanggahan pendapat itu bukannya datang dari Pas tetapi diwujudkan oleh orang-orang tertentu dalam Pas.

“Arahan tutup tu kerana apa? Tutup kerana apa? Soal dia? Percanggahan pendapat itu bukan datang dari Pas (parti), tetapi datang dari orang tertentu dalam Pas. Dia sudah berasa bahaya, maka dia minta tutup mulut.

“Dalam Islam tidak ada masalah tutup mulut. Dalam demokrasi tidak ada tutup mulut. Nabi Muhamad SAW tidak pernah tutup mulut orang. Tidak boleh, kerana semua soalan ada jawapan,” katanya kepada media ketika ditemui selepas meraikan rombongan guru Kelas Fardu Ain dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di kediaman rasminya di JKR 10, di sini, semalam.

Beliau turut mempersoalkan siapa yang mewujudkan dan menimbulkan kecelaruan dalam Pas.

“Yang menimbulkan kecelaruan itu siapa dia, orang Pas atau orang perpaduan? Orang yang menimbulkan kecelaruan itu sedar perkara itu bukan dari Pas sebaliknya daripada orang tertentu di dalam Pas yang menjadi boneka UMNO. Itu jelas pada saya.

“Benda tutup mulut ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Kenapa sekarang baru berlaku? Ini soalan, tidak pernah berlaku pemimpin Pas mengarahkan orangnya supaya tutup mulut.
Sekarang ini baru timbul kerana apa? Kerana dia sendiri mengeluarkan perkara yang mencelarukan.

“Itu logik. Kenapa wujud arahan dari orang tertentu dari pusat supaya tutup mulut, kenapa? Sedangkan demokrasi suruh buka mulut. Dalam Islam hanya satu benda yang tidak boleh iaitu Zat Allah. Saya memang marah. Marah ini Islam suruh, Islam minta manusia ini benci pada kerja-kerja derhaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali yang meminta supaya isu berkenaan tidak diperkatakan kerana ia akan menimbulkan kekeliruan dan salah tafsir pihak tertentu termasuk dalam kalangan pemimpin PR sendiri.

Mustafa dalam kenyataannya dilaporkan meminta seluruh pimpinan Pas dan PR menghentikan segala kenyataan berkaitan isu yang boleh memberi kekeliruan kepada penyokong Pas berkaitan kerajaan perpaduan.

Mustafa berkata, idea kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanyalah sekadar teori dan konsep dan idea itu tidak relevan sehingga pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Mengulas mengenai cadangan itu, Nik Abdul Aziz turut membidas golongan dalam parti itu yang mempertahankan cadangan itu dan menyifatkan mereka sebagai ‘boneka UMNO’.

“Saya hanya mempertahankan perjanjian lama Pas yang memberikan sokongan terhadap Pakatan Rakyat seperti keputusan muktamar di Ipoh tahun lalu.

“Saya sokong Pakatan Rakyat. Kita masuk pilihan raya umum ke-12 baru-baru ini pun atas dasar Pakatan Rakyat. Saya tidak boleh lari daripada ikrar perjanjian keputusan kita.

“Perjanjian itu adalah keputusan muktamar Pas. Keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat bukannya menyokong untuk mewujudkan kerajaan perpaduan. Tidak ada. Hal perpaduan ini adalah boneka UMNO,” katanya.

Beliau berkata jika ada pihak yang memperkatakan cadangan itu ia sebenarnya ilham UMNO memandangkan perkara itu tidak ada dalam agenda dan tidak dibincangkan di dalam muktamar.

“Tiada dalam ucapan dasar pun. Cadangan itu dibuat selepas daripada sidang. Insya-Allah kita boleh selesai masalah ini. Bagi saya tak perlu langsung buat kajian semula,” katanya.

Monday, April 6, 2009

MESYUARAT AGUNG PAS KALI KE 11 (2009)

MESYUARAT AGUNG PAS KALI KE 11 (2009)

CAWANGAN KG SG.MULIA

PPM/WP 26/52.5620


TARIKH : 11 hb April 09

MASA : 2.00 Petang

TEMPAT : MARKAS PAS CAWANGAN KG SG.MULIA

PERASMIAN : WAKIL AJK PAS KAWASAN WANGSA MAJU

Monday, September 15, 2008

Hasrat Pakatan mahu temui PM, antara taktik dan strategi Anwar

15-09-2008 01:15:29 PM
Oleh ZANARIAH ABD MUTALIB (Dikemas kini) PETALING JAYA: Pemerhati dan penganalisis politik percaya bahawa hasrat Pakatan Rakyat untuk bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi secepat mungkin berkemungkinan besar untuk membincangkan tentang pembentukan kerajaan baru Pakatan Rakyat.

Pensyarah Sains Politik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr. Ahmad Nizammuddin Sulaiman berkata, Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkemungkinan telah mendapat jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang mencukupi untuk menyertainya dan ingin memberitahu hasratnya untuk membentuk kerajaan kepada Abdullah.

“Beliau mungkin sudah ada jumlah Ahli Parlimen yang cukup untuk menyeberang tetapi beliau tidak akan dapat membentuk kerajaan kerana usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri hanya boleh dibuat ketika Parlimen bersidang pada 13 Oktober depan.

“Sehingga tempoh itu, beliau mungkin meminta supaya tidak timbul sebarang kekacauan atau gangguan daripada BN dan meminta BN supaya menerimanya secara terbuka dan baik,” katanya.

Beliau berkata, Anwar tidak akan sewenang-wenangnya berjumpa Abdullah tanpa alasan yang kuat.

Sabtu lalu, Pakatan Rakyat mengambil keputusan mengadakan pertemuan dengan Abdullah secepat mungkin bagi menyampaikan kebimbangannya terhadap apa yang mereka takrifkan sebagai penyalahgunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri.

Menurut Ketua Pembangkan yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat juga menggesa agar Perdana Menteri membebaskan semua mereka yang ditahan di bawah akta itu semalam.

Hasrat itu dilahirkan empat hari berakhirnya tarikh sasaran 16 September Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan persekutuan yang baru.

Sementara itu, Presiden pertubuhan JUST, Prof. Dr. Chandra Muzaffar turut bersetuju yang tujuan perjumpaan itu berhubung isu pembentukan kerajaan baru tetapi lebih menjurus kepada kegagalan rancangan mereka.

“Jika (Datuk Seri) Anwar mahu bertemu Perdana Menteri berkemungkinan kerana kegagalan mereka mendapat jumlah Ahli Parlimen yang mencukupi untuk melompat parti.

“Ini adalah satu lagi taktik Anwar untuk mengalih pandangan tentang kegagalan rancangan pembentukan kerajaannya pada 16 September ini tetapi beliau tetap mahu membuktikan yang beliau seorang negarawan dengan alasan mahu membincangkan masa depan politik dan soal keselamatan negara,” katanya.

Katanya, Anwar mendakwa mahu membincangkan masa depan politik sedangkan beliaulah yang menjadi punca kepada ketidakstabilan politik negara pada masa ini.

Chandra turut mengulas berhubung perhimpunan Hari Malaysia hari ini yang disifatkan beliau sebagai satu lagi taktik Anwar untuk mengambil hati masyarakat di Sabah dan Sarawak selain ingin menjelaskan kepada rakyat berhubung kegagalan merealisasikan pembentukan kerajaannya pada 16 September ini yang terpaksa dipinda atas beberapa sebab tertentu.

“Beliau mahu jelaskan mengapa beliau mengubah perancangannya untuk bentuk kerajaan daripada 16 September kepada tarikh lain. Itu memang cara Anwar yang penuh dengan agenda terselindung,” katanya

Bagaimanapun katanya, tidak salah sekiranya kerajaan memberi cuti umum sempena tarikh 16 September tetapi hanya kepada Sabah dan Sarawak memandangkan tarikh itu begitu bermakna kedua-dua negeri itu.

Sementara itu, pensyarah sains politik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr Ghazali Mahyudin beliau turut berpendapat Pakatan Rakyat ingin memberitahu Abdullah bahawa mereka sudah mempunyai Ahli Parlimen yang mencukupi untuk membentuk kerajaan baru memandangkan kepada keyakinan parti itu yang begitu tinggi melalui kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan pemimpin-pemimpin mereka sebelum ini.

“Pak Lah menghadapi tekanan yang cukup kuat dalam seminggu dua ini berikutan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan (Tan Sri) Muhyiddin Yassin dan (Datuk Seri) Najib Tun Razak berhubung peralihan kuasa.

“Jika benar ia (pertemuan Abdullah dan Anwar) berlaku, tekanan yang dihadapi Pak Lah akan lebih kuat minggu ini berbanding minggu lalu,” katanya.


-Komen blogger

"cuma chandra muzafar sahaja yang berlainan nada.."

Thursday, September 11, 2008

SAMBUTAN NUZUL QURAN & BADAR AL-QUBRO

SAMBUTAN NUZUL QURAN & BADAR AL-QUBRO
Peringkat Kebangsaan
Tarikh : 14 Sept 2008 ( AHAD )
Masa : 6.00 ptg - 11.30 mlm
Tempat : Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar, Gombak
Tetamu Jemputan :
- YAB Tn Guru Dato' Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan
- YB Dato' Seri Tn Guru Hj. Abdul Hadi Awang, Presiden PAS
- YAB Dato' Seri Ir. Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin, Menteri Besar Perak
- YAB Dato' Seri Ust. Haji Azizan Abdul Razak, Menteri Besar Kedah
Agenda :
Iftar Jamaie bersama Pimpinan PAS Pusat, Solat Maghrib berjemaah, Solat Isya' berjemaah, SOlat Terawikh dan Ceramah Perdana.
Semua Muslimin Muslimat dijemput hadir

Sunday, September 7, 2008

Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin kerajaan Barisan Nasional akan digantikan

Salmah Mat Husain, Harakah

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yakin kerajaan Barisan Nasional (BN) yang menerajui negara sejak lebih 50 tahun akan diganti kerajaan baru.

Menurutnya, perubahan itu bukan kerana faktor 16 September semata-mata, sebaliknya dasar dan pemikiran pemimpin BN yang ada hari ini perlu diubah.

"Itu yang saya yakin, kami berjuang dah berpuluh tahun nak ubah dasar negara dan pemikiran rakyat khususnya supaya menerima pentadbiran berasaskan Islam.

"Isu 16 September hanyalah masalah teknikal sahaja, jadi saya serahkan kepada mereka yang terbabit," katanya yang enggan mengulas lanjut ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat Exco, di Kota Darulnaim, hari ini.

Isu 16 September ternyata menjadi hambatan besar kepada pemimpin-pemimpin Umno dan BN sehingga mereka mengangggap sebagai gimik politik Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Malah mengikut laporan terbaru 43 anggota parlimen BN sudah menyatakan komitmen akan meninggalkan parti itu bagi menyertai Pakatan Rakyat dalam misi menubuh kerajaan baru di Putrajaya. - Inilah yang dilaporkan dalam harakah.
Semoga apa yang dinyatakan oleh TGNA akan menjadi kenyataan.- insyallah.Takbir..

Tuesday, August 19, 2008

Umno - kokok berderai -derai , kepala dan ekor bergelumang tahi


Oleh : Sang Kelulut kelulut@telokbakong.com

Menjelang pilihanraya kecil Permatang Pauh pada 26.08.2006 yang melibatkan tokoh paling berpengaruh diMalaysia iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim membuatkan UMNO - BN terus melolong bagaikan disampuk puaka. Lolongan ' Ketuanan Hak Melayu ' tidak jemu - jemu menjadi pembasah lidah para pencacai dan pemimpin bangkrap idea UMNO . Mereka tidak sedar bahawa dasar merekalah yang meracun secara senyap hak - hak yang sepatutnya dimiliki orang - orang Melayu .Tetapi bila UMNO diambang kemusnahan mereka mencari kambing hitam kononnya Hak Melayu semakin terhakis natijah kerjasama Pakatan Rakyat yang diterajui oleh DSAI. Untuk rekod, Umno yang menentang Malayan Union pada tahun 1946 itu bukanlah UMNO yang ada pada hari ini. UMNO 1946 itu adalah gabungan 39 politik dan persatuan - persatuan Melayu seluruh Tanah Melayu termasuk Singapura.Kongres Melayu Se Tanah Melayu yang pertama pada 1 - 4 Mac 1946 bertempat di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur melahirkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ( UMNO ). Kemudiannya dirasmikan dengan perlembagaannya sekali di Istana Besar , Johor Baharu. Pada 1948 muncul pula Gagasan Persekutuan Tanah Melayu yang juga acuan Malayan Union tetapi didalam bentuk yang berlainan. Timbul pula masalah " Jos Soli " yakni memberi kerakyatan kepada semua kaum yang berada di Tanah Melayu ini ditentang habis - habisan oleh orang Melayu . Dalam hubungan ini , pihak Inggeris bersetuju untuk melaksanakan Jos Soli Terhad ( dengan syarat - syarat ketat). Gagasan Persekutuan Tanah Melayu ini ditentang oleh ramai orang Melayu dan juga parti politik Melayu . Oleh kerana Inggeris menerima dan mengakui UMNO sebagai wakil orang Melayu maka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu ini diterima pada 1 Februari 1948. Adalah diyakini bahawa UMNO ini sendiri adalah benih penjajah yang telah disuburkan melalui kalangan orang Melayu sendiri . Pimpinan ini telah mendapat " ijazah" malahan menyuntik racun pecah dan perintah yang telah begitu lama membius jasad serta fikiran orang Melayu . Prof Dr Ramlah Adam pernah menulis dalam buku beliau berjudul " Gerakan Radikalisma DI Malaysia 1938 -1960 m/s 412 ".......maka termeterailah Perlembagaan 1957 yang memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu tetapi menghapuskan ketuanan orang Melayu untuk selama - lamanya.Sejak tahun 1948 penerima Jos Soli Terhad tidak pernah diambil berat dan tidak pernah dikaji dan diperketatkan oleh orang melayu ( UMNO).Apabila Suruhanjaya Reid menggubal Perlembagaan Tanah Melayu untuk kemerdekaan , masalah ' kerakyatan' tidak timbul lagi.Inilah yang dimaksudkan oleh Ramlah Adam " Hapus untuk selama - lamanya " . Kini UMNO dan gerombolan cucu cicit mereka meraung, melolong lagi tentang "ketuanan" .Jenis apakah mereka ini adakah setelah hilang 2/3 majoriti baru tersedar taraf 'tuan" sudah hampir lucut ? . Ketika memenuhi kerusi di parlimen siapakah yang mengkhianati bangsa Melayu? Bagaimana kedudukan ?

Bahasa melayu sebagai bahasa rasmi
Tanah rezab melayu
Biasiswa kepada pelajar
Agama Islam sebagai agama rasmi
Kepentingan tulisan jawi
Kedudukan Raja - Raja Melayu
Sistem kehakiman dan perundangan
Rasuah dan salah guna kuasa
Singapura terlepas ( zaman siapa memerintah ? )
Pulau Batu Putih ( baru terlepas)
yang lain cari sendiri...

Inilah agaknya nilai - nilai ketuanan versi Umno dalam suasana politik Malaysia yang penuh ketidakjujuran namun fakta sejarah tidak pernah berbohong.Cuma terpulang kepada rakyat kalau mahu terus bertuankan UMNO sejarah membuktikan merekalah yang menjual kehormatan Malaysia. Jika mereka terus diberi kuasa bermakna "bius" penjajah masih ada ditangan UMNO .

Friday, August 15, 2008

Alahai.... Parti kesayanganku ( Pas)

Oleh: Sang kelulut kelulut@telokbakong.com Teori Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya semakin hampir jika dilihat kepada mood rakyat serta kenyataan daripada Ketua Umum PKR , Dato Seri Anwar Ibrahim.Semakin menyakinkan lagi apabila DSAI akan bertanding dalam piliharaya kecil Parlimen Permatang Pauh yang bakal jadi penentu hidup mati persaingan politik Anwar Ibrahim samada mampu untuk terus melangkah ke putrajaya atau pun tidak . Lantaran keyakinan rakyat terhadap kepimpinan DSAI kita menyaksikan sokongan yang sangat luar biasa dari kalangan pimpinan politik yang lain serta para pengikut mereka yang pelbagai kaum. Dari satu sudut gelombang dan karisma PKR tampak disambut baik oleh golongan bukan Melayu tetapi ada pihak yang melihat orang Melayu masih lagi tercari - cari siaran gelombang yang dibawa oleh frekuensi PKR dengan kata lain , orang Melayu masih ragu atau masih belum boleh menerima dengan baik parti alternatif ini . Untuk rekod kita dapat saksikan PKR telah berjaya menambat hati bukan Melayu dalam masa yang singkat sedangkan Parti Pas yang majoritinya berdarah Melayu masih kurang mendapat sokongan Melayu secara meluas persoalannya dimana silapnya ? Mungkin pendapat ini tidak benar seratus kerana Kedah ,Perak dan Kelantan dikuasai PAS ...tapi bagaimana Parlimen ? Menurut DSAI acara hijrah beramai - ramai ahli parlimen BN akan berlaku 16 sept 2008 dimana gerombolan bekas BN ini akan menyertai PAKATAN RAKYAT . Kini timbul pula kerisauan baru kepada PRESIDEN PARTI KU ( PAS ) bimbang sekiranya bukan Islam menguasai majoriti parlimen dan rela meninggalkan Pakatan jika majoriti Islam di Parlimen menjadi minoriti. Penulis merasa hairan kenapa ketika DSAI dimedan tempur Permatang Pauh kenyataan sebegini kita keluarkan .Bukankah terlebih baik kita tumpukan pilihanraya ini dan apa - apa yang bersifat teknikal kita tunggu selepas 16 sept 2008 ? Apakah tidak pernah dibincangkan selama ini ketika bersama merangka strategi PAKATAN tentang risiko PR dan BN terhadap ISLAM ? Apakah PAS gagal menarik perhatian Ahli parlimen Umno ? sebaliknya Anwar begitu yakin mengatakan bahawa akan ada penghijrahan . Apakah baru kini kita (Pas) merasa tersepit ? Sepatutnya sebelum kita memutuskan untuk bersama PAKATAN natijah inilah yang paling aula di ambil kira. Peluang besar inilah yang ditunggu - tunggu oleh UMNO - BN untuk dijadikan " bahan bakar" jentera pilihanraya mereka . Dunia mahu melihat Permatang Pauh akan menjadi medan 'perkuburan UMNO - BN atau barzakh PAKATAN RAKYAT ! Tapi mungkinkah kita yang sedang menggali kubur kita sendiri ?