Saturday, May 17, 2008

PAS Kampung Sungai Mulia bergerak maju ke hadapan

PAS Kampung Sungai Mulia akan mencipta sejarah tersendiri sempena sambutan tahun ke 10 penubuhan parti tersebut pada bulan October ini.

Dengan objektif “Sebagai Lambang Kejayaan PAS Cawangan Kg Sg Mulia serta dapat mengeratkan lagi hubugan diantara pemimpin, ahli serta masyarakat setempat”. Berbagai pengisian yang amat berguna untuk penduduk setempat diadakakan selama 2 hari antaranya; forum perdana dimana insyallah bakal menyaksikan ahli-ahli panel yang hebat seperti, Datuk Harun Din, Datuk Ismail Kamus dan Datuk Hassan Ali. Juga insyallah malam keduanya akan diadakan pidato perdana dimana pihak AJK PAS merancang untuk menjemput Tuan Guru Datuk Nik Aziz,

Pada Siang harinya pula berbagai program telah dirancang antaranya mini carnival jualan, sukan rakyat –melibatkan ahli PAS dan penduduk setempat, kenduri ala kampong,(seekor lembu akan dikorbankan), kempem pemeriksaan kesihatan percuma dan derma darah serta tak lupa juga akan dibuka kaunter untuk pendaftaran ahli-ahli baru kepada semua warga kampong Sungai Mulia dan juga kawasan sekitarnya..insyallah. Juga Kepada ahli-ahli UMNO yang ingin menjadi ahli PAS amat dialu-alukan demi kebaikan penduduk kampung Sungai Mulia.

Kepada Ahli-ahli yang ingin menyumbang derma berbentuk wang ringgit bolehlah menghubungi scara terus kepada Ketu PAS Cawangan Kampung Sungai Mulia iaitu Tuan Haji Kamil atau email kepada sgmulia@yahoo.com


Penulis akan mengemaskinikan tentang sambutan10 tahun ini dari masa ke semasa.

Friday, May 16, 2008

S'jaya video: Siasat Mahathir & 5 lagi


May 16, 08 3:35pm. Malaysiakini


Suruhanjaya diraja yang menyiasat skandal klip video Lingam mengesyorkan supaya mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan lima orang lagi disiasat berhubung peranan mereka dalam pelantikan hakim-hakim.Lima tokoh tersebut - dua bekas ketua hakim negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Tun Eusoff Chin, peguam kanan Datuk VK Lingam, bekas menteri pelancongan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga setiausaha agung Umno serta tokoh perniagaan Tan Sri Vincent Tan.Suruhanjaya itu mengesyorkan supaya mereka disiasat bawah Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi (OSA), Kanun Keseksaan dan kerana menghalang proses keadilan.Menteri di jabatan perdana menteri Datuk Zaid Ibrahim berkata hari ini bahawa kabinet telah mengarahkan Pejabat Peguam Negara untuk memulakan siasatan secepat mungkin terhadap keenam-enam mereka.
Sebelum itu, Zaid berkata kerajaan memutuskan untuk mengumumkan laporan suruhanjaya diraja itu.
Orang ramai boleh membeli laporan tersebut mulai minggu depan pada harga RM542.10 senaskhah.
Salinan laporan tersebut tidak diedarkan kepada pihak media.
Laporan setebal 191 halaman itu telahpun diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dan perdana menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi minggu lepas.Suruhanjaya diraja itu dianggotai bekas Hakim Besar Malaya Tan Sri Haidar Mohamed Noor sebagai pengerusi, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mahadev Shankar, bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, bekas Peguam Cara Negara Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh dan ahli sejarah profesor emeritus Datuk Dr Khoo Kay Kim.Suruhanjaya itu dibentuk bagi menyiasat klip video 14 minit yang didakwa memaparkan seorang peguam Lingam, sedang bercakap menerusi telefon dengan seorang yang didakwa hakim kanan, kononnya bagi mengatur pelantikan hakim.Seramai 21 saksi termasuk Dr Mahathir dan tiga bekas ketua hakim negara dipanggil memberi keterangan dalam siasatan yang memakan masa selama 17 hari bermula 14 Januari lalu.
Perkembangan ini sudah pasti akan merancakkan lagi “perebutan kuasa” di Malaysia.
Dalam pertarungan diantara Anwar dan Najib untuk merebut kekuasaan, Anwar kini mendapat sedikit kelebihan apabila “mentor” Najib Tun Razak, bekas perdana menteri Malaysia akan dihadapkan kemuka pengadilan.Jika suruhanjaya diraja ini tidak bermain wayang, Dr. Mahathir akan menjadi bekas perdana menteri yang dihadapkan kemuka pengadilan
.
- Amin Iskandar

Tuesday, May 13, 2008

Karpal: It's Umno which did not show respect to sultans


Tuesday, 13 May 2008
(NST) KUALA LUMPUR: Karpal Singh, member of parliament for Bukit Gelugor, said it was not he who had been disrespectful to sultans but Umno.
Debating the royal address in Parliament yesterday, he said he did not understand why he had been labelled treasonous and seditious when in 1993 Umno led a constitutional amendment to clip the powers of rulers.He said in 1984 he had highlighted in the House alleged wrongdoings by the then Tengku Mahkota of Johor.In 1987, when the Sultan of Selangor declared that no amnesty would be given to those found guilty of distributing drugs in the state, Karpal filed a case against him."Both times, no one said I was being treasonous or seditious. Now, 20 police reports have been lodged against me, including one by Umno secretary-general Tengku Adnan Tengku Mansor at the behest of the prime minister."
Reiterating that he had not challenged the power of the Sultan of Perak as head of Islam and Malay customs, Kar-pal said he had only stated that the ruler had no right to direct the menteri besar to withdraw the transfer order given to state Religious Department director Datuk Jamry Sury. Karpal's speech did not go down well with Razali Ibra-him, member of parliament for Muar, who cited standing orders and requested the chair to stop Karpal's speech.Razali said: "He should not be allowed to go on as his statement was made without filing an emergency motion. This is not an appropriate forum to talk about it. As for the police reports, wait for the police to finish their investigations."After being advised by Deputy Speaker Datuk Ronald Kiandee, Karpal said Terengganu state exco member Da-tuk Rosol Wahid and 22 assemblymen initially did not agree with the sultan's choice of menteri besar."Doesn't their action constitute a challenge to the sultan? Will the government take action against them? If not, doesn't this constitute double standards? Why am I being victimised?" he said.

Beras: Pemimpin Bodoh Atau Tak Faham Derita Rakyat ?



Apakah reaksi anda apabila membaca tajuk berikut, bagai yang dilaporkan oleh Malaysiakini?

’Gabem: 30% Saham Bernas Dikuasai Negara Luar’ Bagi saya yang belum mahir dalam dunia korporat, sudah dapat melihat betapa lemahnya kerajaan Malaysia menguruskan bekalan komoditi utama negara dan tidak mampu melihat dan memberi jaminan terbaik bagi bekalan masa depan beras di Malaysia. Bukankah suatu yang tidak masuk akal apabila urusan pembelian beras luar ke Malaysia hanya dikuasai (jika tidak dimonopoli) oleh sebuah syarikat sahaja, dan syarikat itu pula disenaraikan di bursa saham yang membuka risiko pemilikan orang asing.

Pertama, bijakkah Bernas sahaja menguasai pembelian beras luar? Kedua, wajarkah pemilikian dan penguasaan syarikat yang menguruskan makan minum rakyat ini, didedahkan kepada sesiapa sahaja? Itu yang saya tahu daripada kedudukan Bernas ini. Jika tersilap, sila harap ada yang membetulkan. Apakah kerajaan langsung tidak dapat berfikir dengan teliti, dan berfikir dalam jarak jangkauan lebih jauh sedikit dalam hal seperti ini?

Lihat sahaja hujah Pak Lah apabila membatal atau menangguhkan pembinaan jambatan kedua Pulau Pinang. Alasan lemahnya, harga barang naik menyebabkan kosnya meningkat dan reka bentuk tidak sesuai. Terfikirkah kita, projek besar sebegini ditamatkan dengan hujah tersebut?

Lihat lagi apa laporan Malaysiakini:

"Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) mendakwa 30 peratus saham Padiberas Nasional Bhd (Bernas) dikuasai oleh sebuah negara luar. Bernas merupakan sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia.

"Saham Bernas telah dibeli secara konsisten oleh pihak tertentu sehingga mereka kini menguasai 30 peratus sahamnya," kata pengerusi Gabem, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.

Ekoran itu, Bernama memetik beliau sebagai meminta kerajaan menyediakan dana untuk membeli semula semua saham yang dimiliki oleh syarikat luar itu dan Bernas kembali dikuasai sepenuhnya oleh kerajaan.

"Ini juga untuk mengurangkan permasalahan beras selain lesen pengagihan beras diberikan secara saksama kepada bumiputera," katanya kepada pemberita di Melaka malam semalam.

Rahim berkata, kerajaan diminta menguasai kembali 100 peratus saham Bernas atau memastikan ia dijadikan syarikat berkaitan Kerajaan (GLC) demi menjaga kepentingan nasional ketika krisis makanan kini."

Setahu saya, hanya Singapore yang sangat berminat untuk memiliki syarikat-syarikat strategik di Malaysia ini. Saya tak tahulah 3o peratus itu milik siapa. Jika dikaji di bursa, tentu mudah menemuinya, atau bertanya dengan pimpinan di parlimen. Apakah ini semua berpunca daripada sikap mengejar keuntungan tanpa batasan? Dan apakah syarikat ini sahaja telah dimiliki sebahagian sahamnya oleh negara asing? Apa khabar dengan syarikat-syarikat yang menguruskan bekalan barangan komoditi lain?

Juga keperluan kesihatan dan perubatan negara serta syarikat persenjataan di Malaysia. Manalah tahu, kalau-kalau ia juga terbabit. Menurut menteri berkaitan, bekalan beras negara masih lagi mencukupi, belum ditambah dengan stok penimbal yang disimpan oleh Bernas. Masalah yang rakyat deritai hari ini bukanlah stok ada atau tiada. Tetapi apa yang sedang ditanggung ialah harga beras telah meningkat terlampau tinggi. Sekampit beras yang biasa saya beli pada harga kurang lebih RM21 telah meningkat kepada RM29. Bukankah itu melambung namanya?

Entah lah, bijakkah menteri-menteri kita menguruskan kepentingan umum yang sangat berkaitan dengan warga marhaen dan miskin Malaysia ini, ketika mereka sedikitpun tidak menderita atas apa yang berlaku?}

Rupanya tulisan ini diangkat dari Blog Omar el-baritii di bawah tajuk ’Beras Oh Bernas’. Pada saya kalau betul maklumat ini, pandangan beliau memang bernas. Sehingga tertanya-tanya di fikiran saya, adakah negara kita ini dipimpin oleh pemimpin-pemimpin yang bodoh dan dungu tidak berpandangan jauh? Atau tidak prihatin atas penderitaan rakyat? Atau sudah korap berkurap?

Tak tahukah peringatan orang tua-tua Melayu, ’Ada padi semua kerja jadi, ada beras semua kerja deras?’ Maaf catatan santai kali agak sikit terderas... kerana terasa derita rakyat miskin sudah kian tertekan dan tertindas!! Dan kalau mereka pula takut terima kritikan, elok letak jawatan saja le..

Wassalam.

Dari blog ibnuhasyim.

Monday, May 12, 2008

Yang Berkhidmat - Wee Choo Keong



Kebanyakan Masyarakat Sg Mulia Kenal terutamnya ahli PAS, KEADILAN, DAP dan PARTI BARANG NAIK,BERAS NAIK malah pengundi-pengundi atas pagar yang mengundi beliau juga ramai yang kenal dengan gambar di atas beliau ialah Ahli Parlimen Wangsa Maju..Sg Mulia termasuk di dalam kawasan Parlimen Wangsa Maju.



Jika ada kemusykilan tentang perkhidmatan atau pertanyaan boleh menghubungi :
SERVICE CENTRE Tel: 03-4143 3322 - Setiap Rabu malam pukul 8 ke atas.

Alamat
21-1 Jalan Wangsa Metroview,
Seksyen 2, Wangsa Maju,
53300 Kuala Lumpur.

سُوۡرَةُ الفَاتِحَة


سُوۡرَةُ الفَاتِحَة
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)

Al-Fatiha
In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful (1)
Praise be to Allah, Lord of the Worlds, (2) The Beneficent, the Merciful. (3) Owner of the Day of Judgment, (4) Thee (alone) we worship; Thee (alone) we ask for help. (5) Show us the straight path, (6) The path of those whom Thou hast favoured. Not (the path) of those who earn Thine anger nor of those who go astray. (7)

1.Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
2.Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
3.Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
4.Yang menguasai di Hari Pembalasan
5.Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan.
6.Tunjukilah kami jalan yang lurus
7.(yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat

KU LI mahu cabar Presiden Umno atau PAS?




Tokoh veteran 71 tahun ini telah pun mengisytiharkan akan mencabar Presiden Umno dalam pemilihan parti tersebut hujung tahun ini. Beliau kini aktif menjelajah negara bertemu wakil-wakil Umno bagi tujuan tersebut, ini bagi memastikan yang beliau menerima cukup pencalonan, kerana menurut beliau sendiri "tiada demokrasi dalam Umno" , oleh itu beliau terpaksa bergelut untuk mendapatkan kuota yang cukup sebelum boleh bertanding bagi jawatan tertinggi parti tersebut.

Dalam temerumah dengan akhbar Cina Sin Chew Daily baru-baru ini, rupa-rupanya disamping mengambil kesempatan menjelaskan darihal cita-cita besar beliau untuk menumbangkan Presiden Umno itu, beliau juga rupa-rupanya masih tergiur dan ghairah mahu ambil kesempatan menyerang dan mencabar PAS.

Kata beliau Umno tidak memperjuangkan negara Islam malah ianya tidak disebut langsung dalam Perlembagaan Umno. Tambah beliau tidak pernah terdetik langsung hasrat Umno untuk menubuhkan negara Islam kerana Umno kononnya berpegang teguh kepada Perlembagaan Persekutuan.

Tidak cukup dengan itu Ku Li turut menaburkan fitnah kering terhadap PAS yang sudah pasti akan menambah kebimbangan dan ketakutan masyarakat Cina terhadap parti Islam ini. Kata Ku Li jika PAS berkuasa peringkat Persekutuan pertama sekali PAS akan menggantikan perlembagaan negara dengan al Quran dan mewajibkan hukum hudud ke atas semua rakyat Malaysia. Malah kata beliau lagi PAS juga akan turut memansuhkan institusi beraja kerana tidak ada monarki dalam negara Islam!

Kerana itu saya membangkitkan persoalan Ku Li ni nak mencabar bagi merebut jawatan Presiden Umno atau mahu berperang dengan PAS. Berilah tumpuan untuk mendapatkan pencalonan yang mencukupi untuk menentang Dollah, mengapa PAS yang mahu dianggu dan difitnah pula!

Perlembagaan PAS tidak pernah menyebut bahawa jika PAS memerintah Persekutuan PAS akan menggantikan perlembagaan yang ada dengan al Quran, ia tidak pernah terbit dari mulut Presiden PAS mahupun mana-mana pimpinan bukan hanya yang ada pada hari ini termasuklah yang terdahulu yang pernah memimpin PAS. Juga hukum hudud yang Ku Li sebut itu tidak pernah pun dinyatakan akan diwajibkan ke atas semua rakyat Malaysia, malah yang pernah diluluskan di Kelantand an terengganu itupun hanya mewaibkannya ke atas umat Islam

Dan yang paling bahaya apabila Ku Li menyebut bahawa PAS akan menghapuskan sistem monarki. Ini suatu pembohongan dan ternyata suatu kenyataan jahat yang mahu mengambarkan seolah-olah PAS ini anti Raja-raja Melayu. Saya berharap Ku Li didesak agar menarik balik tuduhan ini kerana ia akan membawa mesej yang buruk terhadap parti dan para pendukung perjuangan Islam ini.

Kalau beginilah sikap Ku Li, jangankan mahu mencabar Presiden Umno, saya kira tokoh veteran ini perlu ditamatkan sahaja riwayat politiknya dalam PRU yang akan datang (itupun kalau Umno mengekalkan beliau) sebelum beliau terus menyasau tidak menentu.

Artikel dari RoslanSMS