Alahai.... Parti kesayanganku ( Pas)
Oleh: Sang kelulut kelulut@telokbakong.com Teori Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya semakin hampir jika dilihat kepada mood rakyat serta kenyataan daripada Ketua Umum PKR , Dato Seri Anwar Ibrahim.Semakin menyakinkan lagi apabila DSAI akan bertanding dalam piliharaya kecil Parlimen Permatang Pauh yang bakal jadi penentu hidup mati persaingan politik Anwar Ibrahim samada mampu untuk terus melangkah ke putrajaya atau pun tidak . Lantaran keyakinan rakyat terhadap kepimpinan DSAI kita menyaksikan sokongan yang sangat luar biasa dari kalangan pimpinan politik yang lain serta para pengikut mereka yang pelbagai kaum. Dari satu sudut gelombang dan karisma PKR tampak disambut baik oleh golongan bukan Melayu tetapi ada pihak yang melihat orang Melayu masih lagi tercari - cari siaran gelombang yang dibawa oleh frekuensi PKR dengan kata lain , orang Melayu masih ragu atau masih belum boleh menerima dengan baik parti alternatif ini . Untuk rekod kita dapat saksikan PKR telah berjaya menambat hati bukan Melayu dalam masa yang singkat sedangkan Parti Pas yang majoritinya berdarah Melayu masih kurang mendapat sokongan Melayu secara meluas persoalannya dimana silapnya ? Mungkin pendapat ini tidak benar seratus kerana Kedah ,Perak dan Kelantan dikuasai PAS ...tapi bagaimana Parlimen ? Menurut DSAI acara hijrah beramai - ramai ahli parlimen BN akan berlaku 16 sept 2008 dimana gerombolan bekas BN ini akan menyertai PAKATAN RAKYAT . Kini timbul pula kerisauan baru kepada PRESIDEN PARTI KU ( PAS ) bimbang sekiranya bukan Islam menguasai majoriti parlimen dan rela meninggalkan Pakatan jika majoriti Islam di Parlimen menjadi minoriti. Penulis merasa hairan kenapa ketika DSAI dimedan tempur Permatang Pauh kenyataan sebegini kita keluarkan .Bukankah terlebih baik kita tumpukan pilihanraya ini dan apa - apa yang bersifat teknikal kita tunggu selepas 16 sept 2008 ? Apakah tidak pernah dibincangkan selama ini ketika bersama merangka strategi PAKATAN tentang risiko PR dan BN terhadap ISLAM ? Apakah PAS gagal menarik perhatian Ahli parlimen Umno ? sebaliknya Anwar begitu yakin mengatakan bahawa akan ada penghijrahan . Apakah baru kini kita (Pas) merasa tersepit ? Sepatutnya sebelum kita memutuskan untuk bersama PAKATAN natijah inilah yang paling aula di ambil kira. Peluang besar inilah yang ditunggu - tunggu oleh UMNO - BN untuk dijadikan " bahan bakar" jentera pilihanraya mereka . Dunia mahu melihat Permatang Pauh akan menjadi medan 'perkuburan UMNO - BN atau barzakh PAKATAN RAKYAT ! Tapi mungkinkah kita yang sedang menggali kubur kita sendiri ?
1 Comments:
Bak kata TG Nik Aziz org dlm ada org pakatan nak sebotaj ANWAR...
..kenapalah ada pihak dalam PAS bangkitkan pekara ini sekarang sewaktu pilihanraya permatang pauh yg tak lama lagi akan berlangsung.
MB SELANGOR pun satu hal.Nampaknye dia ni tak tau berpolitik. Mengapa bangkitkan soal kuota UITM waktu INI..TAK BOLEH BERFIKIRKAH SECARA RASIONAL..!!!!PAS=PKR setakat ini DAP belum membuat sebarang statements kontrevesi.
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home