Wednesday, July 30, 2008

POLITIK PANJANG NAFAS-istimewa untuk pejuang Islam ( PAS)

OLEH :Sangkelulut

kelulut@telokbakong.com

Tanggungjawab besar dan berat dipikul keatas pundak mereka yang bekerja dimedan dakwah islam dan akan merasakan bukti bahawa perjalanan dakwah ini terlalu jauh,kerja - kerjanya memakan masa malah adakala memakan korban harta dan nyawa malah segalanya.
Tugasannya terlalu sukar dan jihad yang sengit dalam mengharungi suka
duka ketika berjuang.Bagi mereka yang memilih jalan berliku ini mestilah
menyiapkan diri untuk menghadapi sebarang mehnah dan tribulasi yang
berbentuk kekerasan , kesukaran dan pergorbanan .FIRMAN ALLAH SWT:
" Apakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan ( sahaja)
mengatakan:"kami telah beriman" sedangkan mereka tidak diuji lagi.Dan
sesungguhnya ALLAH mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya DIA mengetahui orang - orang yang dusta" ( AL ANKABUT 2-3 ).

Para pejuang yang mengabungkan diri kedalam gerakan Islam mestilah
berpegang teguh kepada siasah panjang nafas yakni bersifat jangka panjang
atau ' long term 'bukan dengan sikap terburu buru yang mengharapkan segala
berlaku dalam sekelip mata tanpa sebab - sebab yang sunnatullah.
Terlebih lagi perjuangan ini hendaklah dilaksanakan dialam sedar bukan
khayalan dalam mencari keredhoan ALLAH SWT.Agar usaha kita tidak setengah jalan dan berputus asa dipertengahan jalan apatah lagi dimedan pertempuran.
Segala usaha ini tidak akan mudah difahami jika kita gagal memahami bahawa kerajaan Islam itu hanyalah wasilah/perantara dalam usaha - usaha untuk mencapai matlamat.

Sekiranya kerajaan islam itu berjaya terbina maka mereka bersyukur. Andainya belum mereka tidak akan berputus asa , tidak kecewa , tidak rasa kerdil disisi anusia ,dan tidak sesekali takut .Kerana mereka telah berusaha menunaikan amanah dan kewajipan - kewajipan dakwah.

firman ALLAH SWT;

"Dan kemenangan itu hanyalah dari ALLAH" (ALI IMRAN :126)

"Dan kamu tidak ( mampu melakukan ) apa yang kamu kehendaki kecuali apa
yang dikehendaki oleh ALLAH" ( AL Insaan :30 )

Mungkin apa yang berlegar didalam fikiran para pendokong PAS amnya selepas peristiwa PRU 12 lalu berkata " kenapa kita parti yang berjuang diatas dasar yang jelas masih tidak mendapat sokongan sepenuhnya malah terus terusan diperkotak katik ? sedang mereka yang berada dipihak yang lain kelihatan boleh diterima?

Malah yang terbaru "letupan bom muzakarah" terus mengempur dada dan minda tanpa ada tanda - tanda akan sepi ( hingga saat saya menulis).
Pada peringkat awal penulis pun mula "cuak' terhadap "pertemuan haram
"tersebut .Tetapi setelah ditimbang dengan kewarasan jelas ini juga
tuntutan agama malah saranan agar berhati - hati juga dari agama.

Kita percaya dalam mencatur strategi kita ada perancangan bersifat jangka
pendek, jangka pertengahan dan jangka panjang.

Jangka pendek adalah usaha harian ,

Jangka pertengahan adalah piliharaya,

Jangka panjang adalah yang hakiki iaitu akhirat dan keredhoan ALLAH SWT.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home