Monday, July 28, 2008

Sikap Mahfuz harus dipuji.

Petikan dari permohanan maaf Mahfuz Omar;
"Saya berharap individu terbabit dapat tampil kehadapan membuat penjelasan kepada ahli-ahli dan penyokong PAS tentang pertemuan berkenaan termasuk butir-butir perbincangan seperti yang didedahkan oleh Presiden Umno baru-baru ini. Mereka juga harus bertanggungjawab secara khusus dalam masalah ini kerana tindakan peribadi mereka. Saya sendiri amat terkejut dengan pendedahan tersebut yang sama sekali bertentangan dengan kenyataan saya sebelum ini. Ia kemudian disahkan oleh Presiden PAS. Lebih memeranjatkan lagi apabila ‘muzakarah’ tentang kepentingan Islam dan ketuanan Melayu yang didedahkan oleh Presiden Umno telah bertukar menjadi rundingan untuk membawa PAS menyertai kerjasama politik dengan Umno/BN. Sebelum ini kami sendiri tidak dimaklumkan tentang apa yang didedahkan oleh Umno ini, bahkan kami diberitahu tiada sebarang pertemuan dan rundingan rasmi antara kedua-dua parti."

Kebanyakan orang PAS dah tau siapa individu terbabit seperti yang di highlight dalam petikan di atas. Cuma kita mahu tengok samaada individu terbabit cukup gentleman atau tak. Kes muzakarah atau mukobaloh ni dah selesai cuma surat khabar arus perdana je yang masih sibuk membicarakan hal ini.lebih-lebih lagi bila Karpal sing dah buat statements pasal muzakarah ni dan dijawab pula oleh MB KEDAH.
Cuma yang tak sedapnya dalam kes muzakarah ini hanya segelintir sahaja PEMIMPIN PAS yang tau dan ramai yang tak tahu termasuklah Haji Mahfuz..
"Mereka mahu muzakarah dengan UMNO..!! atas nama apa..ketuanan melayu atau mahu menegakkan islam sebagai ad'din.. ? UMNO ini membela melayu ke, membela islam atau membela hantu..?.?takde sorang pun MP dari BN khasnya dari UMNO MEMBANTAH KENAIKAN MINYAK BARU-BARU INI..oi peminpin UMNO..yang tersepit dengan kenaikan minyak dan macam-macam barang keperluan majoriti orang melayu bergama islam..bukalaa hati tu..!!dah tersepit baru nak cari PAS KONON CONCERN tentang ketuanan melayu dan islam...poorraaahh .
Penulis merasakan AHLI-AHLI PAS lebih bengang atau marah dengan beberapa pemimpin PAS kerana kes muzakarah ini dibandingkan dengan konsert santai carburator dung dan rakan-rakan pada karnival kenaikan minyak baru-baru ini.sekurang-kurang nya kumpulan underground ini bersama PR.Selepas ini cukuplah sekadar muzakarah dan mukobaloh..di Parlimen tak perlu ikut pintu belakang..(diluar tarbie)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home