Muzakarah- Peluru makan tuan!!]
OLEH :kelulut@telokbakong.comSejuk mata memandang, sayu bila melihat Tok Guru Nik Abdul Aziz dan
Tok Guru Abdul Hadi berpelukan sejurus Menyuarat Ahli Majlis Syura
yang membincangkan 'tahyul muzakarah' .
Lega perasaan para pendokong Pas serta umumnya seluruh penyokong
PAKATAN RAKYAT setelah mendengar penjelasan dari pihak Pas tentang
pertemuan tanpa restu yang dibocorkan sendiri oleh pimpinan UMNO
maka kejujuran mereka sekaligus dipertikaikan.
Umum mengetahui bahawa REJIM UMNO bernafsu untuk bersama Pas hanyalah
'AJAK - AJAK AYAM' sekiranya Pas sudi 'menemani' mereka memerintah
menurut Bekas Menteri Besar yang kini menyandang Ketua Pembangkang
Selangor.Maka antara imbuhannya ialah jawatan Menteri Besar kepada calon
Pas. Untuk rekod, Pas pernah menyertai BN tapi seperti yang tercatat dalam
lipatan sejarah. Nasib Pas dimata umno seperti 'habis manis sepah
dibuang'mungkin belajar dari pengalaman itulah Pas menolak dan terus setia
bersama PAKATAN RAKYAT.
Rupa - rupanya UMNO menjadikan penolakan Pas ini sebagai peluru terbaru
mereka untuk memporak perandakan kepimpinan Pas dan ahli sekaligus Pakatan
Rakyat umumnya.Dengan seribu harapan umno mempromosikan pertemuan tersebut
seolah - olah mereka telah berjaya mengubah prinsip Pas.
Sayang seribu kali sayang peluru yang dihambur rupa - rupanya ditangkis
pimpinan Pakatan Rakyat dengan tenang dan dibalas dengan peluru tabur yang
berjaya merobohkan dan mengegarkankan pertahanan kubu BN .
Kini ketua rejim umno terpaksa pula menghadapi sekutu - sekutu mereka yang
mahukan penjelasan apakah isi muzakarah tersebut.
Komponen BN secara keras dan jelas mereka tidak mahu PAS sebagai sekutu.
Nampaknya semakin peninglah Pak Lah serba serbi rancangan mereka tidak
menjadi bagaikan 'peluru makan tuan'.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home