Saturday, July 26, 2008

Sambutan 10 Tahun PAS Cawangan Kampung Sungai Mulia


Kawasan lapang ini akan menjadi tempat bersejarah pada 9hb dan 10 hb agos 2008 ini


PAS Cawangan Kampung Sungai Mulia Batu 5 Gombak, Kuala Lumpur akan mengegarkan Kuala Lumpur dengan mengadakan sambutan 10 tahun penubuhannya pada 9 dan 10 ogos seperti yang telah diberitahu sebelum ini . Sambutan tersebut akan berlansung di hadapan rumah Tuan Haji Azman. Persiapan acara tersebut sedang giat diatur oleh AJK-AJK yang ditugaskan oleh jawatan kuasa PAS cawangan yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Kamil.
Berbagai acara akan diadakan pada 2 hari tersebut antara yang menarik dan di jangka pendapat perhatian ialah Forum perdana dan ceramah umum antaranya akan disampaikan oleh Ustaz Taib Azimuddin, Ismail Kamus, YANG BERKHIDMAT Wee,dan Mahfuz Omar..insyallah .Semoga acara ini akan diberkati Allah......Takbir..

Penulis akan mengemaskini sambutan ini dari masa ke semasa..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home