Friday, June 6, 2008

" BN naikKan harga minyak, Rakyat turunkan BN"



Hari pertama minyak naik dari RM1.92 ke RM2.70, lebih kurang pukul 8:30 pagi dan berlarutan sampai pukul 5:30 petang di sekitar pejabat dan warung makan jelas kedengaran maki hamun keluar dari mulut orang ramai mengenai kenaikan minyak yang diumumkan oleh PM. Makian seperti "Bangang, penipu, tolol, bodoh , stupid, silly" dan lain-lain makian yang tak sanggup di siarkan di blog ini menzahirkan sikap marah rakyat dari semua kaum dan semua ahli-ahli parti terutama mereka yang memangkah BN pada PRU12 tempoh hari, (kesian mereka-mereka ini, adakah golongan-golongan ini masih belum sedar lagi) kepada pemimpin negara. Bagi yang menyokong PAKATAN RAKYAT kita taklah terkilan sangat kerana kita tahu memang kerja kerajaan BN menyusahkan rakyat.
Dengan kenaikan minyak ini adakah dikatakan tidak membebankan rakyat?.
Teori yang mudah difahami oleh kebakyakan rakyat ialah bila minyak naik barang lain akan turut naik juga. Apakah janji BN kepada rakyat sebelum PRU12 yang lalu? Harap TV3 suku siarkan semula kenyataan pemimpin-pemimpin BN sebelum PRU12 yang lalu , jangan dok asyik mencari kelemahan dan kesalahan PAKATAN RAKYAT saja.

" BN naikKan harga minyak, Rakyat turunkan BN"

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home