Monday, May 26, 2008

UMNO..oh ..UMNO

Hussam Musa pelawa EZAM masuk PAS, Hishamuddin pula Tanya 3 soalan lawak kalau Ezam nak masuk UMNO, menurut kata sangkelembai soalan lawak dan soalan bodoh, sebelum tu Mahathir keluar parti, Dan Media perdana tak sudah-sudah mengkritik karajaan Pakatan Rakyat terutama nya di Selangor..termasuklah bekas MB nya.

Sepatutnya kerajaan BN terutama UMNO seharusnya meletakan keutamaan kepada permasalahan rakyat jelata selepas pilihanraya kerana mereka juga menang di beberapa buah negeri bukan nya sibuk nak memujuk Mahathir yang seorang tu sampai nak melibat kat pihak istana. Dan terbaru Sanusi Junid kata UMNO akan pupus pada 2013. Bagi orang PAS lagi cepat mereka pupus lagi bagus mungkin untuk menggelakan dari pupus beliau menamakan KULI sebagai PM untuk menggantikan Dollah. Sebelum itu pada 25 May yang lalu The Star melaporkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah memberitahu para pegawainya bersiap sedia menghadapi kemungkinan adanya Pilihan Raya Umum (PRU) tidak lama lagi. Harap-harap jentera PAS sentiasa bersedia.

Dan yang terbaru dan menarik hari ini ialah Kerajaan Selangor telah mengarahkan pengharaman sebarang program untuk menyebarkan Islam hadhari, tafsiran agama yang dikembangkan sejak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri.

Kata Dr Hassan Ali, “kita mahu sandarkan ajaran Islam sebenar untuk memerintah Selangor ini dan bukannya Islam Hadhari," beliau dipetik sebagai berkata pada sesi penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN hari ini.


TAKBIR..


0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home