Thursday, May 22, 2008

Ezam masuk UMNO ..? Biarkanlah

Malaysiakini ada melaporkan bahawa Ezam akan mengumumkan pendiriannya mungkin dalam minggu hadapan, samada akan menyertai UMNO parti yang dah reput atau tidak sekembalinya beliau dari luar negara. Bagi penuis Ezam masuk UMNO tiada yang pelik..memang asal usul dia UMNO..biarkan..kalau dia rasa itu yang terbaik ..jawatan dalam "GERAK" yang diterajuinya juga akan diserahkan kepada orang lain, mungkin juga bubar..sebab dah UMNO....Malah kalau Azmin Ali atau DS Anwar Ibrahim nak masuk UMNO..pun sebagi ahli PAS..tak perlu kita risau, pelik atau terkilan..(mungkin ramai orang telah menjangkakan pekara ini akan berlaku) .memang majoriti pemimpin PKR dari UMNO sebelum ini pun ada 12 orang dari parti tersebut pun dah masuk UMNO.Beberapa orang menteri dah buat kenyataan bahawa mereka suka sangat kalau dia ni rejoin UMNO...cuma berharap supaya Datuk Kamaruddin Jaafar terus kekal bersama PAS.
Selepas DS Anwar dipenjarakan..pengikut beliau majoriti ahli UMNO keluar parti dan menubuhkan parti baru semata-mata ingin berjuang untuk membebaskan beliau..padahal orang-orang ini boleh masuk PAS..dan berjuang bersama-sama bukan hanya untuk membebaskan beliau tetapi berjuang untuk keadilan semua. tetapi pendapat yang mengata PKR parti untuk semua tanpa mengira bangsa dan agama juga patut diterima.
UMNO samakin kalut sekarang selepas keluar nya Tun Mahatir..menyebab ada suara dari seorang menteri kemungkinan ada pilihanraya lagi...Jika ditakdirkan ini berlaku..harap-harap peminpin atasan PAS memikirkan semula kerjasama antara PKR dan DAP. Sebagai ahli PAS biasa penulis merasakan kerjasama dengan 2 parti ini menyebabkan ramai ahli-ahli PAS makan hati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka. Penulis juga merasakan PAS boleh bergerakan sendirian walaupun tak dapat memerintah MALAYSIA..
Kita juga tidak tahu bila agaknya Ahli parlimen dari Sabah akan lompat masuk Pakatan Rakyat dengan kata lain masuk PKR....BetuL ka? mereka ini akan masuk PKR? kalau betul adakah mereka suka-suka masuk atau sudah bosan dan benggang dengan BN sebab mereka tidak ada jawatan penting di dalam kerajaan sekarang? ataupun mereka merasakan selagi BN memerintah selagi itu kemajuan dan pembangunan di Sabah di takuk yang sama..

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home