Friday, May 9, 2008

Zaid Bin Harithah

Zaid bin Harithah adalah pembantu yang sangat disayangi oleh Baginda. Zaid adalah antara yang terawal beriman kepada Allah. Demikianlah ringkasan cerita tentang Zaid Bin Harithah.
Di Gombak (Kg Sg Mulia Batu 5 Kuala Lumpur) terdapat masjid utama yang di namakan sempena nama pembantu banginda nabi. Dahulu masjid ini di kenali Masjid Jamek sungai Mulia. Terletak Di tepi jalan utama di mana rekabentuk yang menarik lagi unik.(Gambar akan menyusur di lain hari kemera rosak). Untuk Pengetahuan semua, masjid ini mengadakan hampir setiap hari tazkirah maghrib dan juga tazkirah subuh setiap hari sabtu dan ahad juga cuti umum. Pihak AJK yang bertugas telah memainkan peranan penting di dalam menyusun jadual tazkirah. Pada pandangan peribadi saya tidak ada alasan untuk masyarakat Di Sg mulia ini tidak ke Masjid sekurang-kurang 2 hari dalam seminggu kecuali malas.
Dulu orang hanya pergi sembahyang berjemaah contohnya sembahyang maghrib di masjid lepas tu balik rumah atau minum teh tarik di kedai mamak sebab takde kuliah atau tazkirah..dan lama-kelamaan mereka jadi malas untuk ke masjid lagi..tapi dengan adanya tazkirah atau kuliah ini mereka boleh mendengar apa yang ingin disampaikan oleh ustaz-ustaz jemputan, sambil menunggu waktu isyak.

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home