Saturday, May 17, 2008

PAS Kampung Sungai Mulia bergerak maju ke hadapan

PAS Kampung Sungai Mulia akan mencipta sejarah tersendiri sempena sambutan tahun ke 10 penubuhan parti tersebut pada bulan October ini.

Dengan objektif “Sebagai Lambang Kejayaan PAS Cawangan Kg Sg Mulia serta dapat mengeratkan lagi hubugan diantara pemimpin, ahli serta masyarakat setempat”. Berbagai pengisian yang amat berguna untuk penduduk setempat diadakakan selama 2 hari antaranya; forum perdana dimana insyallah bakal menyaksikan ahli-ahli panel yang hebat seperti, Datuk Harun Din, Datuk Ismail Kamus dan Datuk Hassan Ali. Juga insyallah malam keduanya akan diadakan pidato perdana dimana pihak AJK PAS merancang untuk menjemput Tuan Guru Datuk Nik Aziz,

Pada Siang harinya pula berbagai program telah dirancang antaranya mini carnival jualan, sukan rakyat –melibatkan ahli PAS dan penduduk setempat, kenduri ala kampong,(seekor lembu akan dikorbankan), kempem pemeriksaan kesihatan percuma dan derma darah serta tak lupa juga akan dibuka kaunter untuk pendaftaran ahli-ahli baru kepada semua warga kampong Sungai Mulia dan juga kawasan sekitarnya..insyallah. Juga Kepada ahli-ahli UMNO yang ingin menjadi ahli PAS amat dialu-alukan demi kebaikan penduduk kampung Sungai Mulia.

Kepada Ahli-ahli yang ingin menyumbang derma berbentuk wang ringgit bolehlah menghubungi scara terus kepada Ketu PAS Cawangan Kampung Sungai Mulia iaitu Tuan Haji Kamil atau email kepada sgmulia@yahoo.com


Penulis akan mengemaskinikan tentang sambutan10 tahun ini dari masa ke semasa.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home