Saturday, August 2, 2008

Sambutan 10 tahun Pas Kampung sungai Mulia Gombak KL - Update

Saudara Kamarul bersama rakan-rakan sedang membuat setting net pada meja pinpong


Perlawanan sedang berlansung

Beberapa acara telah di rancang sebelum sambutan pada 9hb dan 10 hb ogos ini. Acara sukan indoor telah berlansung pada 2hb 10.00 pagi manakala Futsal kain pelekat akan diadakan pada 3hb Ogos 4.45 petang bertempat di padang bola Kampung sg.Mulia pada 3hb Ogos 2008. Penulis sempat menyaksikan perlawanan pinpong terbuka lelaki. Mungkin masih ramai yang belum mendapat info tentang indoor games ini tetapi alhamdulillah seramai 6 orang telah mengambil bahagian. Juaranya akan diumumkan pada hari bersejarah 9hb atau 10 hb Ogos nanti. Manakala acara sukaneka dan acara untuk kanak-kanak akan berlansung pada 9hb Ogos bermula pada 2.30 petang di padang bola Kg Sg Mulia.
Sementara itu tempat di mana hari bersejarah ini akan berlaku, persiapan sedang berjalan dengan lancar. Pentas sedang dibina dan bendera-bendera PAS megah berkibaran....Takbir...


0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home