Saturday, August 9, 2008

Sambutan 10 tahun Pas Kampung Sungai Mulia Gombak KL 9hb dan 10hb Ogos 2008 - Update terkini 9 pagi - 1 petang

Alhamdulillah Majlis Sambutan 10 tahun Pas Kampung Sungai Mulia Gombak KL selamat dirasmikan dengan sempurna oleh Yang Berbahagia Tuan Haji Ishak Surin @ cikgu Ishak pada pukul 10 pagi. Berbagai acara yang jadualkan berlangsung termasuklah acara masak rendang ayam dan puding untuk muslimat serta derma darah yang mendapat kerjasama penuh dari pusat darah negara. Jamuan ringgan juga turut disediakan. Aturcara berikutnya akan berlansung dari pukul 3.30 petang ini hingga 5.530 petang iaitu sukan rakyat dan juga acara kanak-kanak (terbuka untuk semua) dan berikutnya forum perdana pada malam ini. Semua dijemput hadir tanpa mengira parti,bangsa agama serta idealogi.

Di bawah disertakan sebahagian gambar yang diambil pada pagi tadi.

Pembukaan majlis dimulai dengan bacaan doa oleh ex-imam Hazri
Tuan Haji Kamil berucap.
VIP on stage
Ucapan dari YG Berbahagia Tuan Haji Ishak Surin
Cenderahati dari PAS Sg Mulia untuk Tuan Haji Ishak Surin.
sebahagian hadirin & hadirat yang hadir
Orang kuat PAS Sg Mulia
Encik Shamsul sedang menderma darah sambil di perhatikan oleh oleh orang-orang penting
Petugas dari Pusat derma darah negara
Sedang menjamu selera (nasi lemak dan kuih-muih).
Orang Kuat mulimat PAS.
Hakim-hakim yang didatangi khas untuk pertandigan rendang ayam dan puding
Eeemmm sedapnyeee..yang mana satu nak makan dulu...
Muslimat turut bersama menderma darah

Friday, August 8, 2008

Sambutan 10 tahun Pas Kampung Sungai Mulia Gombak KL 9hb dan 10 hb Ogos 2008 - Update

Kelihatan Haji Kamil sedang berbincang tentang persiapanPentas telah siap untuk penceramah-penceramah yang akan disampaikan malam esok dan malam lusa
Malam ni AJK kena susun kerusi.
kain rentang tentang hari bersejarah esok dan lusa.

Tuesday, August 5, 2008

Sambutan 10 tahun Pas Kampung Sungai Mulia Gombak KL - Update

Untuk Pengetahuan semua sambutan 10 tahun Pas Kampung sungai Mulia Gombak KL - bertempat Markaz PAS di Lorong Sungai Mulia 4, Batu 5 Gombak, Kuala Lumpur.
Sumbangan ikhlas masih diterima kepada yang ingin memberi sumbangan.
Pada artikel yang lepas penulis telah menyelitkan nama Azmin Ali sebagai salah seorang jemputan kehormat tetapi atas sebab-sebab teknikal tempat beliau digantikan dengan Salahuddin Ayub. Harap maaf.
Pada hari bersejarah tersebut, PAS Cawangan sekali lagi menyeru sahabat-sahabat dari kalangan ahli-ahli UMNO khasnya serta pengundi yang tidak berparti tempoh hari semasa PRU12 yang lepas hadir ke majlis yang bersejarah ini bersuai kenal SAMBIL BER"MUKOBALAH"dengan kami ahli-ahli PAS Sungai Mulia sambil mengisi borang keahlian PAS. Pintu sentiasa terbuka kepada anda semua untuk bersama PAS.

Labels:

Monday, August 4, 2008

Ahli-ahli Umno di Dataran Merdeka esok lapor rasuah PM

Alhamdulillah, sebagai penyokong PAS seharus nya kita tumpang gembira di atas kesedaran pokcik-pokcik veteran UMNO seperti mereka. Dan kita dengan senang hati menjemput mereka untuk masuk ke dalam parti PAS atau bersama PAKATAN RAKYAT untuk membenteras gejala Rasuah yang begitu berluasa di bumi tercinta ini.

Abdul Aziz Mustafa
Mon | Aug 04, 08 | 7:33:50 pm MYT
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Hrkh) - Veteran Umno, Dato' Mazlan Harun akan membuat laporan kepada Biro Pencegah Rasuah (BPR) esok ke atas Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi berikutan tuduhan Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapten (Bersara) Dato' Zahar Hashim bahawa Perdana Menteri terlibat dengan rasuah politik "of the highest order".

Dalam surat bertarikh 11hb Julai 2008, Zahar mendedahkan salahguna kuasa dan rasuah yang berlaku dalam proses pemilihan Umno oleh Abdullah, yang juga Presiden Umno.
Laporan itu akan dibuat pada pukul 9.30 pagi dan ahli-ahli Umno serta rakyat Malaysia yang mahu bersama-sama membuat laporan polis itu diminta berkumpul di Dataran Merdeka pada pukul 9 pagi esok.

Menurut blogger Umno, A Voice (anotherbrickinwall.blogspot.com), beberapa orang veteran Umno yang juga ahli-ahli Majlis Bekas Wakil-wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) akan turut serta memberi sokongan moral kepada Mazlan.
Dalam suratnya, Zahar berkata, penawaran jawatan Presiden Umno dan Perdana Menteri oleh Abdullah kepada timbalannya, Dato' Seri Najib Tun Razak dan persetujuan Najib menerimanya dalam keadaan sekarang dan pada ketika ini merupakan rasuah politik "of the highest order," walau apa pun alasan yang diberi.

"Sudah pasti ia akan memberi kesan yang menguntungkan Abdullah, khususnya, dan sedikit sebanyak kepada Najib juga," katanya.
Terdahulu dari itu, kata Zahar, Abdullah telah terlibat dalam beberapa majlis ramah mesra dan penerangan dalam tempoh pemilihan seperti yang ditafsirkan dalam Tataetika Versi 2008.

"Ketua-ketua cawangan dari beberapa negeri diundang khas, disediakan penginapan di hotel dan diberikan buah tangan berupa sejadah atau kain pelikat serta duit belanja melalui jentera dan sumber kewangan kerajaan.
"Isu in telah menjadi buah mulut di kalangan ahli-ahli Umno," katanya.
Zahar memetik Tataetika Versi 2008 yang melarang calon yang ingin bertanding sebagai Ketua Bahagian atau Ahli Majlis Tertinggi menganjur jamuan atau memberi sedikit wang belanja kepada para perwakilan dan akan dikenakan tindakan disiplin jika melakukannya._