Friday, August 15, 2008

Alahai.... Parti kesayanganku ( Pas)

Oleh: Sang kelulut kelulut@telokbakong.com Teori Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya semakin hampir jika dilihat kepada mood rakyat serta kenyataan daripada Ketua Umum PKR , Dato Seri Anwar Ibrahim.Semakin menyakinkan lagi apabila DSAI akan bertanding dalam piliharaya kecil Parlimen Permatang Pauh yang bakal jadi penentu hidup mati persaingan politik Anwar Ibrahim samada mampu untuk terus melangkah ke putrajaya atau pun tidak . Lantaran keyakinan rakyat terhadap kepimpinan DSAI kita menyaksikan sokongan yang sangat luar biasa dari kalangan pimpinan politik yang lain serta para pengikut mereka yang pelbagai kaum. Dari satu sudut gelombang dan karisma PKR tampak disambut baik oleh golongan bukan Melayu tetapi ada pihak yang melihat orang Melayu masih lagi tercari - cari siaran gelombang yang dibawa oleh frekuensi PKR dengan kata lain , orang Melayu masih ragu atau masih belum boleh menerima dengan baik parti alternatif ini . Untuk rekod kita dapat saksikan PKR telah berjaya menambat hati bukan Melayu dalam masa yang singkat sedangkan Parti Pas yang majoritinya berdarah Melayu masih kurang mendapat sokongan Melayu secara meluas persoalannya dimana silapnya ? Mungkin pendapat ini tidak benar seratus kerana Kedah ,Perak dan Kelantan dikuasai PAS ...tapi bagaimana Parlimen ? Menurut DSAI acara hijrah beramai - ramai ahli parlimen BN akan berlaku 16 sept 2008 dimana gerombolan bekas BN ini akan menyertai PAKATAN RAKYAT . Kini timbul pula kerisauan baru kepada PRESIDEN PARTI KU ( PAS ) bimbang sekiranya bukan Islam menguasai majoriti parlimen dan rela meninggalkan Pakatan jika majoriti Islam di Parlimen menjadi minoriti. Penulis merasa hairan kenapa ketika DSAI dimedan tempur Permatang Pauh kenyataan sebegini kita keluarkan .Bukankah terlebih baik kita tumpukan pilihanraya ini dan apa - apa yang bersifat teknikal kita tunggu selepas 16 sept 2008 ? Apakah tidak pernah dibincangkan selama ini ketika bersama merangka strategi PAKATAN tentang risiko PR dan BN terhadap ISLAM ? Apakah PAS gagal menarik perhatian Ahli parlimen Umno ? sebaliknya Anwar begitu yakin mengatakan bahawa akan ada penghijrahan . Apakah baru kini kita (Pas) merasa tersepit ? Sepatutnya sebelum kita memutuskan untuk bersama PAKATAN natijah inilah yang paling aula di ambil kira. Peluang besar inilah yang ditunggu - tunggu oleh UMNO - BN untuk dijadikan " bahan bakar" jentera pilihanraya mereka . Dunia mahu melihat Permatang Pauh akan menjadi medan 'perkuburan UMNO - BN atau barzakh PAKATAN RAKYAT ! Tapi mungkinkah kita yang sedang menggali kubur kita sendiri ?

Monday, August 11, 2008

Sambutan 10 tahun PAS Cawangan Sungai Mulia "BERALEK GADANG"

ALHAMDULILLAH SYUKUR KEPADA ALLAH.Kerananya jua perjalanan majlis sambutan ulang tahun ke 10 PAS Cawangan Sungai Mulia berjalan lancar semoga apa yang pihak PAS Cawangan telah lakukan mendapat keberkatan darinya.

Majlis sambutan 10 tahun penubuhan PAS cawangan Sg. Mulia,telah diteruskan lagi pada hari ahad 10 hb Ogos 2008 dengan acara beralek gadang atau kenduri. Majlis telah bermula pada pukul 12.00 tengahari dan telah dihadiri kira-kira lebih 500 orang jemputan. Pas cawangan Sg. Mulia berasa bertuah apabila ahli parlimen Titiwangsa iaitu YB Dr Lo Lo Ghazali sempat meluangkan masa untuk menghadiri majlis tersebut.

Dalam temubualnya bersama dengan wartawan sebuah akbar tempatan, Dr Lo Lo telah melahirkan rasa bangganya dengan pencapaian PAS Sg. Mulia sehingga berjaya mengadakan majlis sambutan seperti yang diadakan ini.
“Alhamdulilah kita bersyukur hari ini saya tengok hebat untuk satu cawangan mengadakan program seperti ini, ada buku cenderahati dan dengan ada uniform (baju ahli pas) untuk program dua hari,” kata Dr Lo Lo.
Berkenaan dengan pembatalan ceramah politik kerana tidak mendapat permit daripada pihak berkuasa, Dr Lo Lo berkata sepatutnya polis juga boleh memberikan permit seperti mana pada ceramah yang diadakan di negeri Selangor walaupun di tempat terbuka. Beliau juga berasa hairan adakah polis di negeri Selangor dan di Kuala Lumpur berbeza dalam memberikan permit walaupun ia sepatutnya tidak berlaku.

“Kenapa mereka boleh beri permit untuk program ceramah di tengah-tengah padang pun ada dan secara besar-besaran, (di Selangor) adakah di sini (Sg. Mulia) dibawah Wilayah Persekutuan maka tidak ada permit,” soal Dr Lo Lo.
“Kalau ikut kita punya rekod pun ceramah kita tidak pernah ada masalah, kita jaga lalu-lintas dan penduduk, semuanya kita jaga,” tambah Dr Lo Lo lagi.
Di akhir temubual tersebut Dr Lo Lo sekali lagi telah mengucapkan tahniah kepada PAS cawangan Sg. Mulia kerana berjaya menganjurkan programnya yang disifatkannya adalah hebat.

Gambar kenangan sebahagian AJK PAS Cawangan
Petugas sedang menbungkus lauk pauk untuk dibawa pulang
Gambar kenangan bersam YB
Imam Zul Mantan imam masjid Sg mulia bersama imam Salleh dan imam Zul turut hadir.
YB Dr Lo'Lo sempat ditemubual oleh seorang wartawan dari akhbar sinar
Kehadiran YB Titiwangsa disambut muslimat.
Rakan-rakan dari kaum cina juga turut hadir
Sebahagian muslimat /penduduk kampung yang hadir
Tetamu sedang mengambil makanan
Muslimat sedang menyiapkan bahan-bahan untuk memasak kari kambing
sedang masak kari kambing kot.
Ayam sedang digoreng sebelum majlis "Beralek Gadang"

Sambutan 10 tahun PAS Cawangan Sungai Mulia 9 malam - 12 pagi

Sempena sambutan 10 Tahun PAS Cawangan Sg. Mulia Pihak PAS telah menyelitkan acara Forum perdana dengan tajuk "Bahaya Fitnah" yang disampaikan oleh ahli-ahli panel terkemuka tanah air seperti Ustaz Taib Azimudin dan Ustaz Ismail Kamus serta di moderatorkan oleh Ustaz Abdul Hadi. Kehadiran telah diduga memenuhi ruang tempat berlansungnya forum tersebut. Ahli panel telah memberi beberapa tip kepada pendengar supaya menjauhi fitnah..bak kata Ustaz Taib..jangan dikejutkan finah yang sedang tidur, bila terjaga ia ibarat harimau yang akan menerkam mangsa.
Alhamdulillah semua berjalan lancar tanpa sebarang kekecohan.
Atas sebab tidak mendapat permit untuk acara ceramah politik terpaksa dibatalkan saat-saat akhir.

Musliman & muslimat memenuhi segenap ruang untuk mendengar forum perdana.
Ustaz Taib,Ustaz Ismail Kamus disambut oleh petugas PAS sebelum acara bermula.

Kehadiran umat manusia yang telah dijangka.
Ustaz Abdul Hadi sedang mengemukakan soalan kepada ahli panel.
Ahli Forum bersama moderator Ustaz Abdul Hadi sebelum bermula acara.
Bercerita tentang isu semasa sambil makan.
Menjamu selera selepas forum walaupun hampir pukul 12 malam.

Sambutan 10 tahun PAS Cawangan Sungai Mulia 4 petang - 630 petang

acara minum air dalam botol guna straw sambil tutup mata
acara masuk benang dalam jarum..sapa dulu dia menang
acara kanak-kanak tiup belon sampai pecah..sapa pecah dulu dia menang
acara kanak-kanak rebut gula-gula siapa banyak dia menannnng
Saudara Hamdan sedang brief peserta-peserta amatur boling padang
Inilah dia pemenang pertama acara boling kelapa
Saudara Hairi pun masuk acara ni
inilah juara merebut gula-gula
walaupun orang sibuk bersukan rakyat ..Haji zukhi sibuk menyiang daging lembu bersama rakan-rakan.