Friday, June 13, 2008

"ISLAM HADHARI KARUT" NIK AZIZ

(Sinar Harian) - Islam Hadhari adalah karut! Itulah kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Katanya, kerajaan Kelantan tidak akan mengharamkan sebaliknya lebih gemar menggunakan fakta-fakta dan nas-nas al-Quran. “Walaupun Kerajaan Selangor dan negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat menolak Islam Hadhari namun Kelantan mengambil langkah sebaliknya. “Kalaulah betul konsep Islam Hadhari, di mana pula Iman Hadhari kerana Islam dan iman tidak boleh diasingkan. Ia akan disoal di akhirat kelak,” katanya kepada pemberita pada sidang media yang diadakan di kediamannya di Pulau Melaka dekat sini, semalam. Mursyidul Am Pas itu berkata, UMNO sepatutnya tidak mewujudkan Islam Hadhari sebaliknya perlu mengikuti langkah yang telah dilaksanakan oleh Pas di Kelantan. “Kelantan bergerak sejak dulu tanpa mengamalkan konsep Islam Hadhari. Apa jaminan Islam Hadhari diterima Allah? Padahal kita kena ikut perlembagaan Allah. “Sejak saya pegang Kelantan saya buat tiga dasar, ubudiah, itqam, masuliyah supaya kakitangan kerajaan senang ikut supaya senang nampak apa yang kerajaan nak,” jelas beliau ketika diminta mengulas mengenai langkah kerajaan Pakatan Rakyat yang menolak Islam Hadhari di negeri yang ditadbir mereka. Nik Aziz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Chempaka berkata, kerajaan Pas di Kelantan tidak akan haram Islam kerana mereka akan menjawab balik soal berkaitan Islam Hadhari dengan dalil dan ayat al-Quran. “Ini sebabnya kami (Pas) tak mahu berdamai dengan UMNO. Sebab UMNO bawa ajaran sesat. Islam Hadhari adalah ajaran yang mengasingkan agama dan politik. “UMNO sekiranya berfikiran panjang mereka tak perlu malu untuk meniru pendekatan yang diambil oleh Kelantan. Boleh tiru Islam macam Islam yang dibawa oleh Kelantan,” katanya lagi. Nik Aziz berkata, Pas dari awal lagi menentang perlaksanaan sistem Islam Hadhari dengan menganggap ianya satu fahaman yang bertentangan dengan Islam. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed turut menolak konsep Islam Hadhari kerana ia boleh mengelirukan masyarakat. Kerajaan Pusat di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memperkenalkan konsep Islam Hadhari empat tahun lalu yang menekankan pendekatan ajaran Islam bagi mengeluarkan ummah daripada kemunduran. Perdana Menteri memperkenalkan Islam Hadhari selepas menerajui pucuk pimpinan negara. Islam Hadhari dilancarkan pada pilihan raya umum 2004 dalam melaksanakan pendekatan Islam secara menyeluruh. Sehubungan itu, beberapa program perkampungan hadhari diadakan dengan kerjasama sebuah stesen TV swasta ke seluruh negara dengan pengisian seperti pameran, ceramah, forum agama dan nyanyian