Saturday, May 31, 2008

PAS dan PKR mesti ambil kesempatan

PAS dan PKR mesti ambil kesempatan dengan kaadaan UMNO yang serba tak kena dan kucar kacir. Kemenangan yang tidak diduga masa PRU12 yang lalu dengan berjaya mengekalkan Kelantan dan berjaya menawan 4 buah negeri dan kemenangan majoriti di Wilayah Persekutuan lebih berharga serta bermakna dari kemasukkan Ezam dan 7 orang kanan nya (konon dulunya panglima perang PKR) ke dalam parti UMNO yang hampir lupus dijangkakan pada 2012/2013 oleh Sanusi Junid. (Sanusi Junid berhadapan kemungkinan dipecat dari jawatannya sebagai Presiden UIA pun baru keluar UMNO). Perlu di ingat kemenangan Pakatan Rakyat terutamanya parti keadilan Rakyat pada PRU12 yang lalu tanpa bantuan Ezam pun. Jika Beliau masuk balik UMNO sebelum PRU12 ,dia juga bakal tersungkur. Bak kata Presiden PKR dan orang kanan beliau, tak jejaskan parti langsung..jadi jangan la beliau dan 7 orang tu perasan bagus sangat. Mungkin itulah hikmah nya kemenangan besar walaupun tak dapat memerintah Malaysia sepenuhnya dengan ketiadaan beliau.
Kemasukan beliau ke dalam UMNO, membuatkan manusia-manusia yang berjawatan besar dalam parti tersebut risau serta gundah gulana..manalah la tau kot-kot 6 kotak rahsia tu terkena batang hidung mereka terutamanya dari team mantan PM. Hari demi hari menyaksikan drama melayu, cina dan india di tayangkan di media perdana dengan ending nya yang pasti penuh suspen..dengan isu ahli GERAKAN di tawarkan jawatan oleh Pakatan Rakyat di Wilayah Persekutuan dan di Penang, dengan isu MCA -"spy squad" juga isu MIC dimana uncle Sam kata lebih 22% ahli dah keluar parti..tapi isu UMNO lebih mendapat perhatian rakyat seperti kes Ezam dan pertelingkahan antara Zaid, Tajuddin dan Mukhriz.
Dengan Kaadan BN serba parah, inilah masanya PAKATAN RAKYAT terutamanya PAS, PKR dan DAP perlu menggunakan kesempatan dan peluang untuk menarik seberapa ramai rakyat bersama dengan meraka. Jauhkan perselisihan faham, eratkan kerjasama sesama parti dan selesaikan isu-isu antara pari secara ilmiah dan jangan sesekali bangkitkan isu dalaman parti ke dalam media perdana.

Thursday, May 29, 2008

Khir Toyo marah haramkan Islam Hadhari


Khir Toyo 2/3 tahun sebelum PRU12

...............................................> khir Toyo 2/3 bulan sebelum PRU12

Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga EXCO Agama Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini memaklumkan Dewan Undangan Negeri Selangor bahawa kerajaan negeri akan mengharamkan sebarang program yang dikaitkan dengan Islam Hadhari. Menaolak Islam Hadhari bukan bermakna Selangor menolak Islam, tetapi menolak suatu gagasan yang dicipta oleh PM Dollah
Badawi yang ternyata gagal dan ditolak oleh masyarakat pada PRU ke 12 lalu.

Menurut Ketua Pembangkang Khir Toyo, Dr Hasan Ali, yang partinya memperjuangkan Islam, tidak sepatutunya mengeluarkan kenyataan seperti itu kerana Islam Hadhari merupakan satu konsep yang digunakan oleh kerajaan pusat untuk meningkatkan kualiti umat Islam di Selangor.
Meningkat kualiti umat Islam? Berapa tinggikah kualiti umat Islam di bawah Khir semasa Islam Hadhari digunakan?

Khir juga mempertikaikan jika benar PAS di bawah Dr Hasan di Selangor mahu memperjuangkan Islam, kenapa beliau tidak menutup terus kilang arak dan ladang babi di Selangor? Inilah bagi saya bahana menerima Islam Hadhari sehingga tidak sedar apabila ludah yang disembur ke langit akhirnya bertepek ke muka sendiri.

Umno telah memerintah Selangor zaman berzaman sejak Merdeka, sehinggalah tanggal 8 Mac 2008. Dari bilangan pengundi bukan Islam di negeri ini saya kira sekitar 80% sehinggalah sekarang menghampiri 50%, kalau mahu kepada Islam, Umno tidak tunggu PAS, tidak tunggu Islam Hadhari, sejak awal-awal lagi arak khasnya jangankan dikilangkan, dijual pun boleh diharamkan, tetapi tidak. Dari tangan ke tangan MB ke MB bertukar, Umno tidak pernah sesaat pun memikirkan hal ini, tiba-tiba bila sentuh Islam Hadhari, melompat Khir, membela dan mepertahankannya.

Khir jangan lupa semasa beliau MB dahulu beliau memperkenalkan konsep Selangor Maju Menuju Wawasan Syumul 2005. Di bawah konsep itu Khir membayangkan bahawa Selangor akan menekankan keseimbangan pembangunan antara rohani dan jasmani sehingga melahirkan masyarakat madani yang penuh dengan insan-insan Rabbani.

Dari 2005 sehingga 8 Mac 2008 berapa ramaikah bilangan insan Rabbani yang Khir mahukan itu lahir di Selangor? Dalam tempuh itu kilang arak terus mencatat keuntungan, malah kerajaan Khir yang meluluskan projek penternakan babi, yang kini mahu dilonggokkan atas kepala kerajaan negeri yang baru.

Biarlah Dr Hasan Ali mengharamkan Islam Hadhari kerana ia bukan dibawa oleh Rasulullah saw pun, sebaliknya dicipta oleh bos Khir sendiri. Tak berdosa pun beliau melakukannya. Mari kita sama-sama beri kesempatan kepada beliau untuk memajukan Islam kerana kuasa kini ditangan beliau dan bukan lagi Khir. Mari kita lihat apa yang PAS mampu lakukan sebagai rakan dalam Pakatan Rakyat dalam aspek pembagunan Islam dan ummahnya.

Tetapi yang paling cetek dan dangkal akalnya dalam isu ini saya kira adalah ADUN pembangkang dari Sementa, Rahman Palil, yang meminta supaya kerajaan Persekutuan menyemak semula peruntukkan sebanyta RM99 juta kepada Selangor, bagi urusan Islam, kiranya Selangor bertegas menolak Islam Hadhari.

Inilah politik marahkan nyamuk yang merupakan amalan turun-temurun Umno, walaupun yang hangus terbakar nanti adalah kelambu termasuklah mereka sendiri, namun demi memuaskan nafsu, mereka akan sanggup dan rela. Inilah juga tanpa mereka sendiri adalah amalan yang mengakibatkan rakyat menolak mereka 8 Mac lalu.

Biarlah pembangkang di Selangor yang terus menganut Islam Hadhari, dan biarlah kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat melaksanakan apa yang mereka yakin lebih baik dan efektif buat rakyat.


Monday, May 26, 2008

UMNO..oh ..UMNO

Hussam Musa pelawa EZAM masuk PAS, Hishamuddin pula Tanya 3 soalan lawak kalau Ezam nak masuk UMNO, menurut kata sangkelembai soalan lawak dan soalan bodoh, sebelum tu Mahathir keluar parti, Dan Media perdana tak sudah-sudah mengkritik karajaan Pakatan Rakyat terutama nya di Selangor..termasuklah bekas MB nya.

Sepatutnya kerajaan BN terutama UMNO seharusnya meletakan keutamaan kepada permasalahan rakyat jelata selepas pilihanraya kerana mereka juga menang di beberapa buah negeri bukan nya sibuk nak memujuk Mahathir yang seorang tu sampai nak melibat kat pihak istana. Dan terbaru Sanusi Junid kata UMNO akan pupus pada 2013. Bagi orang PAS lagi cepat mereka pupus lagi bagus mungkin untuk menggelakan dari pupus beliau menamakan KULI sebagai PM untuk menggantikan Dollah. Sebelum itu pada 25 May yang lalu The Star melaporkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah memberitahu para pegawainya bersiap sedia menghadapi kemungkinan adanya Pilihan Raya Umum (PRU) tidak lama lagi. Harap-harap jentera PAS sentiasa bersedia.

Dan yang terbaru dan menarik hari ini ialah Kerajaan Selangor telah mengarahkan pengharaman sebarang program untuk menyebarkan Islam hadhari, tafsiran agama yang dikembangkan sejak Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi perdana menteri.

Kata Dr Hassan Ali, “kita mahu sandarkan ajaran Islam sebenar untuk memerintah Selangor ini dan bukannya Islam Hadhari," beliau dipetik sebagai berkata pada sesi penggulungan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN hari ini.


TAKBIR..