Thursday, July 3, 2008

Malaysia semakin Panas

Kaadaan negara kita Malaysia semakin Panas sejak Ahad lepas walaupun cuaca boleh dikatakan hujan setiap hari..MCA punya cerita dan MIC punya cerita tapi tak sepanas cerita liwat meliwat Anwar ibrahim dan si saiful dan lagi panas hari ini akuan bersumpah Balasundram tentang Najib..Samada betul atau tidak, hanya yang punya diri dan ALLAH saja yang tahu. Media perdana dan kerajaan berjaya melarikan isu ekonomi seperti isu minyak, letrik dan barang keperluan yang melambung naik.
Satu dunia sedang menyaksikan apa yang berlaku di negara Malaysia yang tercinta...cuma dan yang tak seronoknya kebanyakan watak-watak penting dalam isu panas ini adalah orang MELAYU ISLAM. Adakah meraka ini semua sanggup bersumpah dengan nama Allah seperti disarankan oleh Mufti Perlis?

Tuesday, July 1, 2008

Ezam dan Azmin lebih tahu tentang Anwar .


Ezam dan Azmin lebih tahu tentang Anwar .

Tanya Ezam atau Azmin siapa sebenarnya Anwar .
Kalau Azmin Ali mungkin bias kerana dia masih lagi penyokong kuat Anwar, tapi tidak kepada Ezam kerana dia sudah menjadi musuh politik anwar. Kalau lah benar Anwar ni seorang peliwat secara logik nya Ezam dah tau dulu lagi. Mungkin elok media tanya pada Ezam tentang pekara liwat –meliwat ni. Dia tidak pun menyebut bahawasanya dia keluar dari PKR dulu disebabkan Anwar seorang peliwat, dan dia masuk balik UMNO pun menurut katanya kerana perpaduan melayu …hanya dia dan Allah saja mengetahui…bukan disebabkan anwar seorang peliwat