Wednesday, May 7, 2008

"Berusaha Memperkasakan Perjuangan"


Alhamdulillah..PAS Cawangan Kampung Sungai Mulia Sudah 10 tahun ditubuhkan. Dan pada Hari Sabtu bertarikh 3hb May 2008, bertempat di Markaz PAS Kampung Sungai Mulia Mesyuarat Agung PAS Cawangan kali yang ke 10 di adakan dengan semangat yang baru " "Berusaha Memperkasakan Perjuangan" dirasmikan oleh YDP Kawasan Wangsa Maju. Di dalam Perjumpaan tersebut menyaksikan kemasukan beberapa ahli baru.Untuk pengetahuan semua Kampung Sungai Mulia hanya terletak 5 batu sahaja dari Bandaraya Kuala Lumpur.
Di dalam ucapan perasmian tersebut YDP ada mencadang beberapa pekara yang perlu di beri perhatian oleh PAS cawangan, antaranya membuka kaunter untuk perdaftaran ahli-ahli baru terutamanya golongan muda, juga menyentuh tentang program usrah yang patut diteruskan (untuk rekod program usrah di Sg mulia ini diadakan pada setiap minggu pertama dan ketiga setipa bulan)..alhamdulillah sambutan amat menggalakkan dan program usrah ini dibuka untuk semua penduduk kampung Sg Mulia dan kawasan sekitarnya malah turut dihadiri oleh beberapa orang yang bukan dari ahli PAS. Apa yang menariknya program ini juga menjemput Ustaz yang diminati ramai untuk memberi kualiah.

1 Comments:

At May 8, 2008 at 9:05 AM , Anonymous Anonymous said...

"makkal sakthi"

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home